Saudara..Ku paparkan satu e-mail yang aku terima...moga menjadi pedoman kita semua.
Suasana aman, harmoni dan kesepaduan antara kaum jika di lihat dari
segi mata kasar sungguh menarik minat orang yang pertama kali
berkunjung di negara ini. Dalam suasana kepelbagaian kaum dan juga
bermacam adat menjadi contoh kepada masyarakat asing di luar sana
bahawa betapa makmurnya bumi Malaysia kerana dapat hidup aman dan
bersatu padu di bawah satu negara.
Tetapi sebagai rakyat Malaysia, penulis cuba untuk melihat dari
perspektif yang berbeza atau dari sudut yang lain sebagai seorang
Mahasiswa yang mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri setelah
meneliti dan memerhati beberapa perkara. Tapi ingin di tegaskan
bahawa, dalam penulisan ini Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna
membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Jika dahulu, kita melihat mahasiswa begitu matang menangani sebarang
isu dan perkembangan semasa. Tetapi hari ini, ramai mahasiswa yang
cuba untuk menjadi hamba kepada diri sendiri, tiada sensitiviti, hidup
seolah-olah tidak menyedari keberadaan orang lain di sekeliling.
Golongan seperti ini adalah manusia yang menutup semua pintu untuk
manusia lain mendekatinya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang
mahasiswa. Hanya memelihara kepentingan diri tanpa mengambil kisah
orang di sekeliling. Budaya seperti ini jika di biarkan berkembang
biak, tunggulah pada suatu masa di mana negara akan menuju kehancuran.
Lahirlah mahasiswa yang lemah dan lesu.
Jika melihat fenomena masalah yang berlaku di kalangan masyarakat pada
hari ini, tidak dapat di bayangkan apa yang akan berlaku pada
tahun-tahun yang mendatang. Apabila adegan maksiat di televisyen sudah
menjadi kebiasaan, isu rasuah menjadi amalan biasa pimpinan negara,
hubungan antara lelaki dan perempuan juga sudah menjadi biasa, jangan
hairan pada suatu hari MURTAD juga menjadi suatu perkara yang biasa
dalam kehidupan masyarakat kita, Na'uzubillah. Adalah suatu bencana
kepada umat apabila maksiat menjadi perkara biasa dan tidak lagi di
ambil peduli.
Masyarakat hari ini sudah BUTA. Bukan buta matanya tetapi buta
hatinya. Meletakkan dunia dihadapan dan mengabaikan kehidupan akhirat.
Penyakit inilah yang di sebutkan Rasulullah sebagai Cintakan Dunia dan
takutkan mati.
Tanda-tanda hati itu sudah menjadi buta apabila ayat-ayat Al-quran
atau kisah-kisah teladan yang dibacakan dan diperdengarkan kepadanya
tidak lagi memberi kesan terhadap diri kita. Ini tidak lain disebabkan
banyaknya maksiat yang kita lakukan kepada Allah. Banyakkan
beristighfar kepada Allah semoga diampunkan segala dosa yang kita
lakukan dan dibukakan pintu hati untuk menerima hidayah dariNya.
Kontemporari juga, Adalah silap apabila wujud suara yang menghalang
idealisme untuk bersuara. Ini kerana kadang-kala idealisme harus
dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan pelan bertindak yang
realistik dan sistemik. Kebatilan yang kadangkala dilakukan oleh
sebahagian pihak tidak lagi berani di suarakan. Semua menjadi BISU,
diam seribu bahasa. Golongan akademik hanya menjadikan ilmu yang di
anugerahkan Allah hanya untuk tujuan Perut sendiri.
Ilmu tidak akan berkembang baik dan luas jika hanya didapati dalam
bilik-bilik kuliah atau seminar-seminar sahaja. Sebaliknya penglibatan
dalam dunia yang lebih luas akan meluaskan ufuk pemikiran kita dan
mengembangkan horizon kecerdikan kita. Keadaan mahasiswa yang sentiasa
mengiyakan serta hanya bertindak sebagai "pak angguk" sebenarnya
merugikan kerajaan masa depan. Biasanya yang berani bersuara dan
berani membantah, mereka muncul sebagai pemimpin yang tegar dan tegas
mempertahankan maruah negara.
Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak
hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi
berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak
hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam. Penulis
mengajak untuk kita melakukan perubahan. Siapakah yang akan menentukan
masa depan negara pada masa akan datang kalau bukan kita dan Kalau
bukan sekarang masanya, bila lagi?? Kalau bukan di sini, di bumi
Universiti Teknologi Malaysia ini,di mana lagi?? Renung-renungkan dan
fikir-fikirkan. Wallahua'lam.
"Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam, esok lebih baik
dari hari ini, lusa lebih baik dari hari esok dan hari-hari yang
mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.."
Friday, March 7, 2008
Pekak, Buta dan Bisu
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment