Saturday, March 29, 2008

MARI TUMBANGKAN KERAJAAN UMNO/Be End

Ironinya, UMNO di Malaysia membawa dasar perjuangan kebangsaan melayu dengan mengetepikan Al Quran dan As Sunnah Baginda SAW sebagai teras perjuangan mereka. Hasilnya kita dapat lihat, sesetengahnya mereka menghalalkan apa yg Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan. Tidak perlu pergi jauh-jauh, buka sahaja helaian surat khabar, terpangpanglah keputusan-keputusan nombor ekor, iklan-iklan arak, gambar-gambar wanita-wanita yang tidak menutup aurat (yg dengan bangganya mendedahkan anugerah yang patut dijaganya). Kenapa kerajaan UMNO tidak menyekatnya, ini tidak lagi termasuk dosa mereka yang menolak hukum Allah dan Rasul-Nya (hudud dan Qisas), soal riba, pembaziran harta Negara, konsert-konset artis, sure heboh dan program-program di television yang melalaikan.

Persolannya,

Generasi apakah yang hendak mereka lahirkan??

Bagaimana pula dengan kita, Adakah hanya ingin berpeluk tubuh sahaja??, sedangkan antara tanggungjawab kita semasa hidup di dunia adalah, meyeru kepada yg makruf, dan mencegah perkara yang mungkar.


Saudara,

Perhatikan dialog yang Allah rakamkan semasa di akhirat kelak, dialog antara pemimpin yang zalim dengan pengikut-pengikutny a (yg bermaksud).

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya) : "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". (Surah Ibrahim, Ayat 21)

Lihat pemimpin sombong takbur yang kita angkat tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah pemimpin yg sombong ini menyalahkan Allah kerana tidak memberi petunjuk kepada mereka ketika di dunia (padahal dengan ikhtiar merekalah, mereka mengingkari perintah Allah).

Jika kita beranggapan, soal memilih ketua adalah soal dunia, dan beranggapan jika pemimpin-pemimpin berlaku maksiat kepada Allah, kita akan terlepas diri dari dosa pemimpin yang kita angkat itu, Memang jauhlah anggapan kita itu dengan suluhan Al Quran, Firman Allah maksudnya,

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! " (Surah Al Ahzab, ayat 68)


Betapa besarnya pengaruhnya pemimpin yang kita angkat semasa hidup kita di dunia, semasa di akhirat kelak, kita akan dipanggil beserta dengan pemimpin kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,

(Ingatlah) suatu hari Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; (Surah Al Isra’, Ayat 71)

Mahukah kita bersama-sama bangkit dengan pemimpin yang menghalalkan judi, menghalalkan riba, menggalakkan/ menghalalkan hiburan-hiburan yang melalaikan (di media elektronik dan cetak), melalaikan rakyatnya dengan kehidupan duniawi, membazirkan wang rakyat dangan projek-projek mega tapi pada masa yang sama berkira-kira soal kebajikan rakyat (soal harga minyak, pinjaman PTPTN tapi pada masa yang sama juga membazir wang rakyat dengan membina Masjid Kristal dan Reptlika-reptlika Masjid), menolak sebahagian hukum Allah malah sehingga ketahap memperlekeh hukum yang benar-benar datang dari Allah dan RasulNya??, takut-takut pemimpin yang kita angkat ini akan menarik kita sekali ke lembah Neraka. Nauzubillah. .


Ciri-ciri Pemimpin

Firman Allah yang bermaksud,

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. (Surah Al Israa', Ayat 71)

Lihat, ciri-ciri pemimpin antaranya yang memimpin dengan perintah Allah, sama ada dalam dasar ekonomi, pelajaran, sosial, hiburan dan selainnya. Malangnya pemerintah UMNO, tidak mengambil soal haram dan halal dalam kebanyakan urusan kenegaraan mereka.


Bangkitlah.

Firman Allah maksudnya,

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah An Nisaa', ayat 104)

Perhatikan ayat diatas, pada masa kita menderita semasa berjuang, musuh Islam juga pada masa yang sama bersungguh-sungguh berjuang. Tapi perbezaan antara keduanya, orang-orang beriman hanya bergantung harap pada Allah (sebagaimana sifat Allah, Ash Shamad).

Oleh itu, cuba renungkan Firman Allah dibawah yg ertinya,

[4.71] Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.
[4.72] Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka".

[4.73] Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: "Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?"
[4.74] Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Oleh itu, ayuh wahai muslimin sekalian, marilah kita berjuang dengan menggangkat Al Quran dan Sunnah Rasul-Nya di tempat sebetulnya, dan jangan lah kita teragak-agak untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/ BN !!


ALLAHUAKHBAR! !!
ALLAHUAKHBAR! !!
ALLAHUAKHBAR! !!


Jika ada kelapangan, sila dengar siri Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azahar ini, beliau merupakan bekas Pensyarah di Universiti Malaya .

Dengarlah : Disini

1 Comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Dieta, I hope you enjoy. The address is http://dieta-brasil.blogspot.com. A hug.

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj