Friday, December 7, 2007

proses pilihan raya negara ini yang dikatakan paling bebas dan adil di Asia?


Media tempatan hari ini dipetik berkata, Abdullah gembira kajian pilihan raya adil dan ia membuktikan selama ini Malaysia mengamalkan pilihan raya adil dan demokratik.

Kajian tersebut dilakukan oleh TNS dan Gallup International antara bulan Jun hingga Ogos lalu membabitkan 60,000 rakyat di 56 buah negara.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sangat tidak cerdik dan syok sendiri apabila terpedaya dengan hasil kajian dua badan antarabangsa, TNS dan Gallup International mengenai proses pilihan raya negara ini yang dikatakan paling bebas dan adil di Asia.

Bagaimana Abdullah boleh menerima kajian itu sebagai bukti sedangkan ia tidak melibatkan parti-parti pembangkang.Tindakan seperti itu,telah menyaksikan kajian dua badan tersebut tidak bebas dan hanya dilakukan kepada sebelah pihak.

Jika betul-betul mereka mahukan pastikan proses pilihan raya negara ini bebas dan adil mereka kena meminta pandangan pembangkang juga.

Abdullah seringkali membisu apabila mendapati kajian-kajian proses pilihan raya negara ini tidak telus dan adil.

Misalnya beliau berkata isu daftar pemilih pengundi yang meragukan, pengundi hantu dan termasuk juga mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Likas, Sabah pada tahun 1999 lalu tidak sah.

Bukan itu saja, media negara ini juga terbukti berat sebelah dan kerana itu katanya 'ranking' nya cukup memalukan. Setiap kali kempen pilihan raya diadakan Barisan Nasional akan pergunakan sepenuhnya jentera kerajaan sementara pembangkang pula 'ditekan' habis-habisan.

Perkembangan ini memperlihat Abdullah 'buta' terhadap istilah adil dan bebas yang sebenarnya mengenai proses pilihan raya negara ini.

"Sebab itu PAS (pembangkang) menolak kajian tersebut bahkan hakikatnya kajian itu bukannya bebas."

"Kajian itu tidak menggambarkan keadaan sebenar dan tidak sepatutnya pula perkara tersebut menghalang pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadikan pilihan raya akan datang bersih dan adil sebagaimana dituntut oleh Bersih".

0 Comments:

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj