Sunday, December 23, 2007

APA PUNCA ANAK DERHAKA

APA PUNCA ANAK DERHAKA
(Salam sayang dari abah dan ummi untuk ALONG-Imamuddin Abdul Muhaimin,ANGAH-Mohamad Imahaikal Naim,KAKAK-Nur Husna Haziqah dan ADIK-Nur Aqilah Syahmi)

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu
salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan.
Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan
ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih
dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran
dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang
penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak
sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur,
walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita
tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada
mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,
sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".
inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga
dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup
hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan
anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan
anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak
rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu,
bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah
tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan
mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan
ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama
ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik,
turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan
hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah
sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan
perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu
juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar
kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka
tetapi kita wajibmentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua
yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan
baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibubapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan
ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah
emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak
ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum
balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah
kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa
lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi
Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya
sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

0 Comments:

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj