Berikut satu e-mail yang kuterima..
Sedih lak baca kisah ni...kisah benar
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie
Naswip
diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik
pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).
Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin
ke
pentas penerima trofinya.
Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut
menyaksikannya,
jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba
kerana
kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu,
tapi
tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya
tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak
Tim.
Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival
itu
ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama
anggota keluarga masing-masing.
Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas
Syafie selamba.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.
"Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan
bersahaja dia menjawab.
"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja
saya
tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik
shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak
tunggal.
Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama,
dapat
duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi
emak
RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan.
Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu
tentu kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan
saya
ke festival."
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan
lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke
Pulau
Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas.
"Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi.
Jadi
saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."
Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti
makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.
"Dia tertinggal duit," bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan
sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat
Tapah
itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
"Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat
Kak
Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi.
Masa
sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali
lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.
Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah
di
Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau
bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk
mak. Buah tangan," katanya tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa
pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah
kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20
yang
cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera
filem bagi merubah kehidupan keluarganya.
Sunday, August 26, 2007
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - PEMENANG KATEGORI
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment