18/08/2007 - Satu email yang kuterima pagi ini...satu ingatan yang mesti kita sedar!!!!!!
Di zaman ICT dan Globalisasi ini
kemudahan komputer dan email hampir ada
pada setiap orang yang bekerja di sektor
swasta juga kerajaan termasuk kepada
pelajar-pelajar di kolej dan universiti.
Kemudahan internet yang disediakan
dengan kadar yang semakin munasabah
menyebabkan kemudahan email ini menjadi
semakin popular.
Pernahkah kita terfikir dengan satu
KLIK sahaja akan menyebabkan
mencurah-curah dosa yang di terima
secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah
berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mafhumnya::
Ibnu Masud r.a. berkata: Bersabda Nabi
s.a.w. : Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera
Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu,
kerana ia yang pertama membuka jalan
untuk penumpahan darah.(Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini
adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap
Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil
yang berkahwin dengan kembarnya yang
lebih cantik.
Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengajak
ke jalan hidayat, maka baginya dari
pahala seperti pahala (sebanyak pahala)
pengikutnya, dengan tidak mengurangi
sedikit pun dari pahala mereka. Dan
sesiapa yang mengajak ke jalan sesat,
maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa
pengikutnya, dengan tidak mengurangi
dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud
hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan
konteks kehidupan kita pada zaman ICT
ini, mari kita ambil iktibar dari kisah
berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah
universiti kemudian di terima bekerja di
sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja
dibekalkan dengan komputer, alamat email
dan internet akses bagi memudahkan
urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka
berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari
laman web lucah. Kegemarannya ialah
memuat turun (download) gambar-gambar
lucah itu kemudian berkongsi dengan
kawan-kawannya melalui email.
Dia mempunyai email group dan ada 50
alamat email kawan-kawannya di dalam
emailgroup tersebut. Sekali menghantar
email, dia akan menghantar kepada
emailgroup tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka
menghantar semula email yang diterima
daripada rakan yang lain ke
emailgroup. Di antara kandungan email
itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan
seseorang seperti video klip bercium di
dalam lif, kisah seluar dalam yang
dijumpai di dalam periuk di restoran
mamak dan seumpamanya lagi yang
kebanyakannya adalah perkara-perkara
yang nafsu kita seronok membacanya dan
melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas
haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari
tempat kerja Zack terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan kembali
kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama
bahawa hukum melihat gambar-gambar
lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib
dan seumpamanya adalah haram serta
berdosa kepada mereka yang melakukannya
dan menyebarkannya.
Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack
telah mendapat satu dosa kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada
kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima
oleh 50 orang kawan-kawannya melalui
email. Kesemua kawan-kawannya seronok
dengan gambar tersebut dan meredai
perbuatan Zack maka setiap kawannya
mendapat satu dosa manakala dosa setiap
kawannya itu juga diberikan kepada Zack
jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.
Setiap kawan-kawan Zack itu pula
menghantar gambar tersebut kepada 10
orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan
bertambah lagi menjadi 1+50+500=551
dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu
menghantar lagi kepada 10 orang yang
lain, bertambahlah dosa Zack menjadi
1+50+500+5000= 5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya
masih lagi tersebar, maka akan
berterusanlah dia mendapat dosa selagi
email itu berlegar di ruang cyber hingga
hari kiamat.
Begitulah iktibar yang boleh diambil
daripada apa yang berlaku kepada Qabil,
setiap jiwa yang mati dibunuh kerana
hasad dengki manusia, maka dosa membunuh
itu akan juga sampai kepada Qabil hingga
hari kiamat. Bayangkanlah berapa
ramaikah jiwa yang telah kena bunuh
dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam
hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang
terpaksa ditanggung oleh Qabil di
akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan
sebelum meninggal dunia, Zack telah
sempat bertaubat, insyaAllah dosa
manusia terus dengan Allah, seperti
meninggalkan puasa, zakat dan solat
fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa
kita sesama manusia hanya Allah akan
ampunkan bila insan tersebut
mengampunkan kita. Zack telah
menyebarkan perkara yang menyebabkan
orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak
mintak ampun dengan semua yang menerima
email tersebut? Selagi mereka semua
tidak mengampunkan Zack maka selagi
itulah dia akan terima dosa hingga
kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada
zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja
saham dosa akan mencurah-curah sampai
kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita
menerima email, hendaklah berhati-hati,
jika kandungan email itu adalah gambar
lucah atau yang mengaibkan seseorang
muslim lain atau sesuatu fitnah
hendaklah segera dibuang dan jangan ada
sedetik pun didalam hati untuk seronok
dengan benda yang haram bagi mengelakkan
kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu
haram, nasihatkanlah pengirim supaya
bertaubat dan berhati-hati di masa-masa
akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan
perkara-perkara yang baik dan diredai
oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran
pahala yang di terima pasti
mencurah-curah selagi ia masih terus di
sebarkan.
Wallahhualam
Friday, August 17, 2007
Hanya Cuma Satu Klik Sahaja...bertambah pahala ataupun dosa???
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment