Wednesday, August 29, 2007

Bestnyer Citer Nih.......!!!


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Readmore »»

Monday, August 27, 2007

Logik Akal - Bagi yang suka bagi byk alasan

Kepada sesiapa sahaja yang kurang arif tentang sesuatu...bertanyalah kepada yang arif..dengar nasihat dan pandangannya...renung,fikir dan ambillah iktibar dari sedutan artikal di bawah...

............Terpulang kepada saudari atau sesiapa untuk menerima teguran/nasihat. .
Apa yang ustaz Zaharudin jelaskan seumpama :
sekelompok manusia yang ingin menyeberangi sungai di tengah-tengah hutan.
Sebaik sahaja ingin menyeberangi, anda ditegur oleh seorang penduduk asli yang arif berkaitan hutan tersebut.
Apa yang diberitahu oleh orang asli itu,sungai tersebut terdapat buaya...
Persoalan... .
apakah kamu ingin menyeberangi sungai tersebut kerana tidak mempercayai kata2 org tersebut?
apakah anda akan memberi berbagai alasan semata2 untuk memuaskan hati anda menyeberangi sungai tersebut?
apakah anda akan memarahi orang tersebut kerana menasihati anda?
Moral of the story...
Anda sebagai orang luar sepatutnya berterima kasih kerana ditegur oleh org tersebut..
jika anda ingin menyeberangi sungai tersebut,anda yg menerima risikonya sedangkan org tersebut sekadar menasihati..
terpulang kepada anda untuk mempercayai kata2 org asli...kerana keputusan hidup atau mati sudah berada ditangan anda
dan yang pasti,orang yang menegur anda itu adalah seorang yang bertanggungjawab kerana ingin menyelamatkan nyawa anda.

Readmore »»

Sunday, August 26, 2007

Sindiran - kekadang lebih baik dari berterus-terang

Untuk renungan bersama

Readmore »»

Artis kita dan keluarga mereka

Salam...maaf satu kelainan...semalam ade kawan e-mailkan gambar-gambar artis kita dan keluarganya..ku paparkan disini..sekadar hanya untuk ku kenal mereka..tidak lebih dari itu...


Readmore »»

Renungan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia

Bukan patut bahkan mesti kita bertindak sekarang..terutama dalam pilihanraya ini(2007 or 2008)...agar peristiwa itu tidak akan berulang lagi!!!!
TATKALA kita dilaungkan yang Malaysia kini sudah 50
tahun mencapai kemerdekaan, kita seolah-olah lupa yang
negara sebenarnya dijajah selama 446 tahun.

Nyata usia kemerdekaan negara masih terlalu `muda'
berbanding tempoh tanah watan kita dijajah.

Antara penjajah pertama yang menduduki bumi bertuah
milik kita ialah Portugis apabila mereka menjajah
Melaka pada 1511 dan mendudukinya selama 130 tahun.

Bermula daripada Portugis, tanah air kita dijajah pula
oleh Belanda, British dan Jepun sebelum ia diserah
kembali untuk ditadbir anak watan sebagai sebuah
negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sejarah panjang penjajahan negara ini bermula dengan
berlabuhnya angkatan laut Portugis yang digelar
`Benggali Putih' di Melaka pada 1509. Diketuai Lopez
de Sequeira, angkatan laut Portugis dihantar Raja
Portugal kononnya untuk menjalinkan hubungan
persahabatan antara Kerajaan Portugal dan Kerajaan
Melaka.

Bagaimanapun, terdapat niat lain di sebalik jalinan
hubungan ditawarkan Portugis. Berbekalkan slogan
`Gospel, Gold and Glory' (Injil, Emas dan
Kemasyhuran) , mereka mula belayar ke Timur seawal abad
ke-15.

Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan
keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin
menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah
Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat
Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya menyebarkan
ajaran Kristian.

Selain itu, pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan
mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti
lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.

Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang
Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum
menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis
berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat
Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih kekayaan
itu daripada pedagang Islam.

Berikutan itu, dengan bermanis muka, Lopez de Sequeira
masuk menghadap Sultan Melaka ketika itu, Sultan
Mahmud Shah dan bagai menanam tebu di tepi bibir,
lelaki Portugis terbabit mula menaburkan janji manis
mengenai kebaikan jalinan hubungan antara kedua-dua
kerajaan.

Tanpa menyedari niat serong di sebalik kata-kata Lopez
de Sequeira, Sultan Mahmud Shah menyambut baik hasrat
Portugis malah membenarkan mereka berniaga di Melaka.
Baginda juga memberi jaminan keselamatan sepanjang
Portugis berniaga di situ.

Bagaimanapun, hasrat Portugis untuk menguasai
perdagangan dan menentang Islam diketahui pedagang
Islam dari Jawa dan Gujerat lalu mereka segera
memaklumkan muslihat bangsa asing itu kepada Bendahara
Tun Mutahir.

Bendahara Tun Mutahir pantas menyampaikan berita itu
kepada Sultan dan menasihati baginda supaya menangkap
orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka, Ruy de
Araujo.

Lopez de Sequeira yang ketakutan kerana menyedari
tembelang mereka sudah pecah, bertindak melarikan diri
ke pangkalan mereka di Goa, India sekali gus
meninggalkan beberapa anak kapalnya ditangkap dan
dibunuh tentera Melaka.

Tindak balas Melaka itu segera disampaikan kepada Raja
Portugal dan pada 1510, satu angkatan laut diketuai
Alfonso de Albuquerque dihantar untuk menyerang
Kerajaan Melayu itu.

Sebaik tiba, Alfonso de Albuquerque menghantar utusan
menuntut askar Portugis yang ditawan segera dibebaskan
dan Melaka perlu membayar ganti rugi kepada mereka.
Wizurai Portugis itu juga meminta untuk mendirikan
kubu di Melaka tetapi semua tuntutan itu ditolak
dengan beraninya oleh Sultan Mahmud Shah.

Melihat tuntutannya tidak dilayan, ledakan meriam
daripada kapal perang Portugis dilepaskan pada 25
Julai 1511 seterusnya bermulalah serangan pertama
Portugis terhadap Melaka.

Soldadu perang Portugis segera mendarat di pantai
Melaka dan peperangan hebat terus berlaku. Suatu
ketika, askar Portugis berjaya menguasai jambatan
Sungai Melaka tetapi pahlawan tempatan segera bangkit
menentang.

Serangan balas diketuai Sultan Ahmad Shah menyebabkan
angkatan Portugis terpaksa berundur.

Portugis kembali menyusun strategi dan melancarkan
serangan kedua pada 10 Ogos 1511. Pertempuran hebat
meletus lagi di bumi Melaka dan selepas dua minggu
bertempur, akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya
menawan dan menjajah Melaka.

Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya, Sultan Mahmud Shah;
pembesar, kerabat diraja serta beberapa rakyat
terpaksa berundur ke Muar. Dari Muar, mereka berundur
ke Pahang seterusnya Bentan.

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan kerajaan baru
selepas kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad Shah.
Selepas penawanan Melaka, Sultan Mahmud Shah beberapa
kali cuba merampas kembali negaranya daripada Portugis
tetapi gagal.

Seterusnya pada 1511 kekal dalam ingatan kebanyakan
kita - ia adalah tahun di mana Melaka yang menjadi
simbol kegemilangan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu
atau mungkin mewakili tanah air kita, buat pertama
kalinya dijajah bangsa asing.


Kelemahan pemerintahan Melaka punca dijajah
PENJAJAHAN Melaka oleh Portugis pada 1511 turut
berpunca daripada beberapa kelemahan negara itu
sendiri.

Melaka yang dibuka pada 1400 oleh Parameswara atau
Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya
sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman
pemerintahan Sultan Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga
1477.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah,
zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan
Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati
diracun pada 1488 seterusnya diganti Sultan Mahmud
Shah.

Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah, beberapa
masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya
kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan
ketenteraan sehingga akhirnya, kedatangan dan serangan
Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah.

Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila
Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada 1498 dan
jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap
pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan
pembesar lain.

Sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir
difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan Sultan
menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul
periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun
Mutahir dan keluarganya.

Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud
Shah menyedari kesilapannya. Dalam kekesalahn, baginda
menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anakandanya,
Sultan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda adalah
seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.

Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih
Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan kewibawaan
pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah. Masalah
dalaman semakin menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan
fitnah berleluasa.

Cukai kepada pedagang pula semakin tinggi menyebabkan
pedagang mula beralih untuk berniaga di pelabuhan lain
yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh,
Bantam, Patani dan Brunei.

Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul
apabila Tun Mutahir dilantik sebagai bendahara
menggantikan Tun Perak. Pelantikan Tun Mutahir
menimbulkan persaingan antara Orang Melayu dengan
India-Muslim dan kemuncak masalah adalah pembunuhan
Tun Mutahir akibat fitnah.

Kesan masalah itu turut merebak kepada rakyat jelata
di mana masyarakat Melaka semakin berpecah-belah dan
tidak bersatu padu. Keadaan itu turut menjejaskan
perdagangan di Melaka.

Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata
tradisional seperti keris, panah, sumpit beracun,
perisai dan tombak turut menjadi punca kekalahan dan
penjajahan Melaka oleh Portugis.

Walaupun ada antara tentera Melaka menggunakan
senapang dan meriam, senjata api milik Portugis
ternyata lebih hebat malah meriam mereka mampu
menembak ke sasaran yang lebih jauh.

Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata
lebih lengkap dan terlatih berbanding tentera Melaka.
Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera
mereka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya
askar upahan Melaka dari Jawa bertindak melarikan diri
semasa serangan Portugis.

Semua kelemahan itu menyebabkan Melaka akhirnya
berjaya dijajah Portugis dan seharusnya ia menjadi
iktibar kepada kita pada hari ini, semoga sempena
kemerdekaan negara yang ke-50, sejarah hitam
penjajahan itu tidak akan berulang.

FAKTA:
Pemerintahan Portugis

1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10
Ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di
Melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan. Selepas 10
hari mengepung, Portugis berjaya menawan Kota Melaka
pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam
bulan. Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah, Portugis
memerintah Melaka selama 130 tahun.

1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang
menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan
Portugis di Melaka.

1518-1519: Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya
membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa
tiga bulan dalam usaha menawan kembali negara itu.

1521: Gereja St Paul dibina Kapten Portugis, Duarte
Coelho dan dinamakan `Our Lady of The Hill', tetapi
kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian
bangsawan dan dinamakan Gereja St Paul.

1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan
Melaka.

1525: Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Famosa.
Portugis membuat catuan makanan dari Goa.

1526: Seangkatan kapal besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dihantar Portugal untuk memusnahkan
bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat
Melaka ke Kampar, Sumatera.

1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.

1537: Acheh menyerang Portugis di Melaka pada kali
pertama.

1545: Buat pertama kalinya, Fr Francis Xavier tiba di
Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima
lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka
sebagai pusat operasinya di Timur.

1548: Kolej St Paul, sekolah pertama di Melaka, dibina
St Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan
orang tempatan yang murtad memeluk Kristian.

1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak menawan Melaka
dan mengepungnya selama tiga bulan.

1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan
serangan Acheh. Acheh mengawal Selat Melaka selama 60
tahun.

1582: Portugis membantu Johor daripada serangan Acheh
dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan
Johor pertama yang melawat Melaka.

1587: Johor menyerang Portugis secara besar-besaran
melalui serangan darat dan laut tetapi gagal.

1597: Belanda membuat serangan pertama ke atas Kota
Portugis Melaka.

1606: Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge
bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai
Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila
Portugis mendapat bantuan dari Goa.

1615-1616: Acheh menyerang Melaka.

1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan
sebelum Portugis kembali mengambil Melaka.

1636: Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di
pelabuhan.

1641: Belanda menewaskan Portugis pada 14 Januari dan
menakluk Melaka dengan bantuan Sultan Johor

Readmore »»

Anak ketua paderi memeluk Islam

Satu kisah yang mesti kita ambil perhatian dan doakan zuriat kita"agar dijauhkan dari fitnah ini".


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin
Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang
ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah . Saya
dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan
negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya
program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wan g tunai
sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang
kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu
mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama
Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan
Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil
cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah
kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian
dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan
turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan
bukannya Nabi Muhammad.Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka berperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
ka wan -ka wan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -ka wan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan
jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang
berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz
itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah . Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ... Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula ka wan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wan g. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Readmore »»

kod babi pada makanan

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.


Readmore »»

Puisi Merdeka

Kekadang Aku Merasakan Perjalanan Hidup Ini Terlalu Menghukumku.
Mengheretku Melalui Satu Batas Panjang Yang Penuh Onak Dan Duri.
Memaksaku Mengikuti Arah Tiupan Angin
Meski Kekadang Taufan Kencang
Menolak Aku Jatuh Dalam Cerancang Bebatu Dari Lereng Masa Silam.
Sungguh Menyakitkan Melihat Sepotong Diri Yang Luka Dan Berdarah.
Sungguh Memilukan Memandang Sekeping Hati Yang Terkecewa Dan Bernanah.
Tapi Kekadang Perjalanan Yang Menyulitkan Inilah Yang Menemukan Aku
Dengan Matang Diri Dari Kemuncak Fikir Yang Terdalam.
Kegetiran Inilah
Guru Terhebat Yang Mengasuh Jiwaku Agar Tegar Mengusung
Sebuah Angin Derita Dari Dunia Pancaroba.
Sekalipun Sesaatnya Aku Tewas Menahan Bentang Air Mata,
Namun Dunia Tidak Pernah Membiarkan Aku Sendirian
Terasing Di Buminya.
Ketika Kecewa Dan Merasakan Ketidakadilan,
Dunia Memaparkan Padaku Di Satu Sudut Benua Lain
Masih Ada Mereka Yang Benar-Benar Di Uji Dan Teruji.
Merekalah Yang Benar-Benar Memahami Apa Ertinya Sengsara Dan Derita.
Sedang Aku
Cuma Diuji Oleh Cinta Dan Peperangan Emosi
Yang Kekadang Bisa KuTemukan Penawarnya.
Di Benua Itu
Mereka Tidak Sempat Pun Menanak Pepohon Cinta Dari Kejora YangTercantik.
Sebuah Peperangan
Dalam Menuntut Nilai Kemanusiaan Dan Kasih Sayang Yang Kian Tandus.
Di Hadiahkan Buat Mereka Kebuluran,
Kekalutan Mencari Siapa Yang Benar Dan Wabak Penyakit
Yang Ternyata Memanggil Rindu Si Penggali Kubur.
Lalu Apalah Yang Ingin Aku Tangiskan Lagi
Sedangkan Hidupku Telah Cukup Sempurna Di Tanah Yang Merdeka Ini..
Apalagi Yang Ingin Aku Tuntut Dan Ingin Aku Tangiskan
Andainya Aku Masih Berkesempatan Untuk Ketawa.
Berbanding Mereka,
Tiada Tertanding Apa Yang Aku Rasakan Derita,
Kerana Mereka
Lebih Maklum Soal Itu.

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Ke-50. Semoga Kita Sentiasa
Menghargai Perjuangan Dan Kegetiran Masa Lampau.



Readmore »»

Memelihara Cinta Sejati

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan
CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Readmore »»

Beberapa Kata Perangsang - Sangat baik untuk direnung dan difikirkan

Fikir-Fikirkan
1-Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

2-Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu

3-Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri

4-Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.

5-Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.

6-Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya

7-Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.

8-Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

9-Dinilai daripada adab, dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia jalang.

10-Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

11-Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh musuhmu.

Readmore »»

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - PEMENANG KATEGORI


Berikut satu e-mail yang kuterima..

Sedih lak baca kisah ni...kisah benar


Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie
Naswip
diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik
pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).

Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin
ke
pentas penerima trofinya.

Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut
menyaksikannya,
jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba
kerana
kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.


"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu,
tapi
tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya
tentang kemenangannya.

Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak
Tim.
Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival
itu
ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama
anggota keluarga masing-masing.

Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.


"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas
Syafie selamba.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.


"Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan
bersahaja dia menjawab.
"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.


"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja
saya
tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik
shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.


"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak
tunggal.
Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama,
dapat
duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.


"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi
emak
RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan.


Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu
tentu kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan
saya
ke festival."


Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan
lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.

Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke
Pulau
Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas.


"Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi.
Jadi
saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."


Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti
makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.


"Dia tertinggal duit," bisik sumber.


Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan
sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat
Tapah
itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.


"Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat
Kak
Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi.
Masa
sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali
lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.

Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah
di
Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau
bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk
mak. Buah tangan," katanya tersenyum.

Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa
pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah
kemenangannya sebanyak RM10,000.

Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20
yang
cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera
filem bagi merubah kehidupan keluarganya.

Readmore »»

Saturday, August 25, 2007

SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari

kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung
dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan
tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh
syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.


Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang
hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya


Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang
hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan
masing-masing) .

Akhir kata........

"Walaupun tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi
pujaan hatiku "

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj