Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu
saya siapkan".Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan
dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita
kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang
sibuk atau buat-buat sibuk?
Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka
sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala
kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan
kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari
pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan
dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan
atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?
Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana
dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman
yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang
merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah
'kerugian' yang sebenarnya".
Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari
pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab
amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang
akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab
amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al
Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab
amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang
menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu
gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka
berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau
perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang
mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"
Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa
kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.
Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang
menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan
ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini
Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna
lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika
orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka
berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah
dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu
termasuk orang-orang yang yakin"Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan
masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk
Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana
tipu dayanya terlalu halus.Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang
belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;
Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran.
Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang
akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu
yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem.
Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan
baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR
yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa
Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara
yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai
pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul
bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam
keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima
jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.
Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah,
samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam.
Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau
mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam
persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat
yang eletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan
mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti
plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor
dibina dari bahan septi ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari
nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak
memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya
bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah
dari rosaknya aqidah kita;
1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH.
2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA
PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang
tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.
Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk
melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan
sebagainya. Lebih malangnya... hari ini riba diberi nama-nama yang lain
yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah
dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian
moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini
diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga
tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan
segera.
Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada
dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan
ranting-ranting ang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami
sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam
bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat'
kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di
tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak
luar nikah dan sebagainya.
Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan
perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak
gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai
begitu saja.
Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam
perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar
kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan
haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan
Kaabah sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang
ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya,
bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al
Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita
bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya
di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan,
berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita
hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam
yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja
dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan
saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama
mengikut nilaian Allah SWT.
Saturday, May 19, 2007
apa yang kita sibukkan?
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 9:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment