Sunday, May 20, 2007

Pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan

Assalamualaikum, Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insya-allah.

Readmore »»

petikan ceramah ust. hj akil...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, si! apa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...)

Readmore »»

Saturday, May 19, 2007

apa yang kita sibukkan?

Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu
saya siapkan".Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan
dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita
kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang
sibuk atau buat-buat sibuk?
Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka
sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala
kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan
kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari
pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan
dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan
atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?
Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana
dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman
yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang
merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah
'kerugian' yang sebenarnya".
Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari
pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab
amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang
akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab
amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al
Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab
amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang
menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu
gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka
berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau
perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang
mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"
Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa
kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.
Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang
menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan
ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini
Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna
lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika
orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka
berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah
dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu
termasuk orang-orang yang yakin"Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan
masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk
Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana
tipu dayanya terlalu halus.Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang
belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;

Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran.
Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang
akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu
yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem.
Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan
baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR
yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa
Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara
yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai
pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul
bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam
keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima
jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.
Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah,
samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam.
Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau
mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam
persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat
yang eletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan
mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti
plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor
dibina dari bahan septi ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari
nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak
memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya
bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah
dari rosaknya aqidah kita;

1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH.

2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA
PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang
tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.

Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk
melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan
sebagainya. Lebih malangnya... hari ini riba diberi nama-nama yang lain
yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah
dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian
moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini
diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga
tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan
segera.

Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada
dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan
ranting-ranting ang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami
sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam
bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat'
kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di
tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak
luar nikah dan sebagainya.

Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan
perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak
gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai
begitu saja.

Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam
perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar
kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan
haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan
Kaabah sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang
ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya,
bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al
Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita
bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya
di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan,
berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita
hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam
yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja
dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan
saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama
mengikut nilaian Allah SWT.

Readmore »»

Friday, May 18, 2007

Ingatan untuk lelaki dan perempuan...

Assalammuailaikum wahai sahabat2ku sekalian..Erm..sy nie bila dah xde keja ade aje benda yg sy nk buat..nk kasi renungan skit utk semua diharap tiada siapa yg terasa hati dan maafkan sy jika mngagngu perasaan korang semua.

---Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.

Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Begitu juga ayah atau abang kepada perempuan yang kau main-mainkan.

Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak, kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.

Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.

Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan denganmu?
Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya?!

Wahai wanita...
peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.

Wassalam...

Readmore »»

Asal Usul Solat Lima Waktu

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialahNabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar darisyurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yangdilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takutyang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluarNabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaatpertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas darikegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur bagindakerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialahNabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telahmemerintahkan padanya agar menyembelih anaknya NabiIsmail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktutergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empatrakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanyadan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur danbermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:-Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusankibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialahNabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan olehAllah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkanNabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telahmasuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalubersembahyang empat rakaat kerana baginda telahdiselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaatkedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelamdengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikanNun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghribialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan olehAllah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangwaktu itu telah terbenamnya matahari. BersyukurlahNabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat keranadiselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaatpertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripadaAllah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikantuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariamyang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaatketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan ituhanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialahNabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telahtersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanyaitu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglahNabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaatpertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:-Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaatketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:-Dukacita terhadap anak Firaun.

Readmore »»

Wednesday, May 16, 2007

satu cerita

Al-kisah satu cerita

Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas.

Once upon a time..... Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek.So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau.

So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama.Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja,masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi.

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain.Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air. 10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan.

So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok.Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah. Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama? Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang Cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Hehehe..

Readmore »»

Tuesday, May 15, 2007

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Readmore »»

Monday, May 14, 2007

Assalamualaikum..dariku buat diriku..dan jua buatmu sahabat2ku...

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-NyaMerasa terpikul amanah ad-deen ini?.Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-NyaInsafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu??
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurangSyukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-NyaTerlalu banyak kurang & salahmu?

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalanUntuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya?.
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma'thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da?
ie.Diriku,Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ?.
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati?.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu.Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadpan kudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN"Saidina Ali pernah berkata: Dunia hanyalah di tanganku... tetapi akhirat terletak di hatiku.. ...ya Rabb..tetapkanlah hatiku dalam agamaMu...

Readmore »»

Puisi Cinta...

Assalammuailaikum untuk sahabat2ku terutama kaum Adam..Renungkanlah...

Dinda...
Wajahmu nan cantik dihiasi jilbab laksana indahnya kubah Masjid di Depok yg dihiasi emas
Sinar matamu sejuk laksana pancuran air wudhu..
Tebal alismu laksana tebalnya huruf Al-Quran di awal Juz..
Tipisnya bibirmu laksana tipisnya Kitab Muktashor Jiddan..
Kata-katamu penuh hikmah laksana Kitab Al-Hikam..
Suaramu indah laksana tuntutan ayat-ayat Al-Quran..
Kata-katamu penuh pengajaran bagi yang mendengarnya laksana Kitab Ihya'Ulumiddin.
Kulitmu putih bersih nan halus laksana Mukena yg baru beli di Pasar Tanah Abang.
Waktu demi waktu..hari demi hari kulitmu menjadi kasar.kusam dan pecah-pecah
laksana bedug Musholla Al-Hikmah..

Dinda...
Jangan kau goda mata ini dengan dandanan yang banyak membuka auratmu..
Jangan sampai aku tak sanggup menahan nafsu hingga Allah membenciku..
Dinda jangan keluar kata merdu dari kalbumu..
Ku takut jantung ini berdetak tak beraturan hingga gejolak darah muda tak mampu kutahan.
Dinda..jangan beri sedikitpun kesempatan padaku utk menyentuhmu, kerana itu awal dari nafsu
menguasaiku yg akan selalu menagih jika aku bertemu denganmu..
Jangan kau sesakali mahu jika ku ajak pergi berduaan,kerana aku takut curi-curi kesempatan
hingga terbuai oleh syahwat yg terus memburu kenikmatan semua..

Dinda..
Aku ingin berdekatan kita bukan malah menjauhkan kita dari Syurga..
Aku tidak ingin berdekatan ini menbuatkan kita kita berdua masuk Neraka..
Andai aku bukan yg terbaik buatmu,ku rela lepaskan atribut cintaku padamu..
Demi utk menjadi yg terbaik bg Allah..
Biarlah aku menangis menahan rindu gejolak nafsu padamu demi ketakutanku dari siksaan Rabbku
Drpd aku menangis kerana diputus cinta olehmu..Amin.

Readmore »»

Kisah tadika...disebalik nama SmartKids

Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian. Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JC maksudnya Jesus) ini diakui sendiri oleh pemilik ini. Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia. Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat". Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika. Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu .

Thanks:zainor azwani

Readmore »»

1 minit untuk mengingat Allah

Assalamualaikum. Ini salah satu email yang saya terima pagi ini....bertajuk 1 minit untuk mengigati Allah:

1 minit untuk mengingat Allah *
Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN *
Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan *
Langkah 3:
* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi. *
Hasil 1: * Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. *
Hasil 2: * Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW. *
Hasil 3: * Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.
Wassalam










Readmore »»

Thursday, May 10, 2007

Rintihan Roh

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh.

Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”( An-Naba’: 38)

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

Readmore »»

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT NI..

-Opp ni salah satu e-mail yang kuterima....sure..memang betul...he..he.he teringat tu..memory dulu-dulu...


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ? semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 3 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk , teng teng, main getah..kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...

jom kite check,
kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...


HEHEHEHE…………… WASSALAM…

Readmore »»

KEAJAIBAN MICROSOFT WORD BUKTI KEBENARAN TRAGEDI 11 SEPT

....Bacalah anda pasti terpegun!!!

Message: Cuba buat n tgk......

1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.Apa yang korang nampak? Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ... dah cuba????? mmg btolkan............. SUBHANALLAH....

Readmore »»

Jangan.....jangan....jangan

Jangan, Jangan & Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71

Readmore »»

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? " Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

------------ ---------

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka,maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wassalam. "Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."

Readmore »»

Wednesday, May 9, 2007

4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah

:1. AyahnyaApabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, seperti tidak pernah lalai solat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya.Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya.Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT: `HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...`
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh karena itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan pada kita.

Readmore »»

Sunday, May 6, 2007

12 penipuan popular

12 penipuan popular (Metro Ahad 4 Mac 2007)

- Sikap tamak punca ditipu dengan air liur

oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.

"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,

Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.," katanya.

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:

____________ _________ _________ __

1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta

Modus operandi:

Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta

Modus operandi:

Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta

Modus operandi:

Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta

Modus operandi:

Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.

Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:

Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.

Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:

Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan.

Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

7)Taktik:Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510

Modus operandi:

Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

8)Taktik:Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000

Modus operandi:

Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.

9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334

Modus operandi:

Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempat awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.

Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.

Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

10)taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000

Modus operandi:

Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan didapati tidak wujud.

Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45

Jumlah kerugian:RM178, 000

Modus operandi:

Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000

Modus operandi:

Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Readmore »»

Khasiat Epal Hijau



Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi?


Thanks-Hafif

Readmore »»

KEPADA AYAH DAN IBU..JADIKAN ANAK PINTAR ..DENGAN IZIN ALLAH



JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh k ita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 k ita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik . bila anak k ita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan k ita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila k ita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak k ita tau yang k ita sayangkan dia. Dia akan tau k ita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa k ita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persek ita ran. Memang la ada masa k ita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn k ita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali k ita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga Bila ada masalah eloklah k ita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri k ita .

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi k ita . Kalau k ita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cer ita anak anda, cer ita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk k ita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, k ita bantulah sedaya k ita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi k ita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn k ita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn k ita tunjuk yang k ita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada k ita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persek ita ran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan k ita mengajar mereka lebih daripada sekali ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan k ita mimpi pun apa salahnya k ita dengar. Best hape dengar cer ita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam biasakan ajar dia salam k ita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cer ita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila k ita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau k ita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari k ita . Semoga k ita tidak sunyi dihari tua k ita .

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan k ita

mm.. byk kisah pulak hari ni kan . Maaf lah..ade 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la k ita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan k ita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!!
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


Thanks Hafif.

Readmore »»

Rabiatul Adawiyah - Perindu Cinta Ilahi

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Thanks sahabat...

Readmore »»

Pendahuluan dan Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua !

Kawan-kawan san saudaraku sekalian. My Arkib Mail...merupakan salah sebuah blog peribadiku yang KHUSUSNYA mengumpulkan e-mail yang kuterima dari pelbagai pihak.Mungkin e-mail ini berguna kepadaku dimasa-masa akan datang sebagai rujukan.DAN JIKA anda merasakan ianya berguna untuk anda...copylah...no problem.....

Sekian...info dariku....haz

Wassalam.

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj