Tuesday, October 23, 2007

Aidil-Fitri 2007 dan Air Terjun

Salam.

Sebelum balik kampung di Besut,Terengganu..kami beraya terlebih dahulu di Pontian...sakang jugak makan lepat luih ....dan 4 jam sebelum bertolak balik ...singgah jap mandi air terjun di Kota Tinggi,Johor.

Readmore »»

Majlis Pernikahan Dan persandingan Adik Sue

Rancang Raya Aidil-Fitri tahun ini(2007) tak kemana sangat..just rayer kat JB jer...
Tapi nak wak camner..last minut mak ayah call "Majlis pertunangan Sue di tukar ke Majlis Pernikahan"-Katanya...sebab Sue susah nak cuti....jadi alang-alang Sue cuti 2 bulan ni..teus buat jerlah.So,Kami kena balik kampung jugalah..Berikut adalah slide picture sebagai kenangannya.

Readmore »»

Monday, October 22, 2007

Cerita tentang ayah...

Satu kisah yang dikiim oleh seorang teman kepadaku....


Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...ditelinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.

Pertama kali.... naik van jenazah,

pertama kali.... buat sijil kematian,

pertama kali.... tak tidur 2 hari,

pertama kali.... asyik menangis,

pertama kali.... menimbus kubur,


pertama kali.... menjirus air mawar,

semuanya pertama kali........ ....

Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya.hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll....... Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...

sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya....

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Readmore »»

Aduhai 4 Orang Isteriku!

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Readmore »»

Thursday, October 11, 2007

Overtime' dengan Allah.

Malam……….anugerah besar untuk orang yang sanggup bersekang mata untuk-Nya.

Malam yang sunyi, waktu paling baik untuk beribadah. Suasana bening, waktu paling sesuai untuk bermunajat dengan Allah. Sebab itulah beribadah malam menjadi pakaian Rasulullah SAW, para Sahabat dan orang-orang soleh.

Kelebihannya banyak, antaranya:

- Jalan mendekatkan diri dengan Allah. Itulah peluang berbakti lebih masa untuk-Nya setelah siang hari berurusan sesama manusia.

- Dimuliakan Allah. Sabda Nabi SAW: "Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: `Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada mengerjakan ibadah qiamullail dan kehormatannya terletak pada keengganannya meminta-minta. "

- Dimakbulkan doa. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu terdapat satu saat yang mempunyai kelebihan bagi seseorang Muslim untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah. Allah SWT pasti akan kabulkan doanya. Demikianlah itu ada pada setiap malam."

- Faktor pertolongan Tuhan. Inilah juga amalan untuk menguatkan jiwa para pejuang Kebenaran. Oleh sebab itulah dalam sejarah Sultan Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh, tentera-tentera yang beribadah malam sahaja yang dibawa ke medan perang.

- Menjadi pelindung di Hari Qiamat. Sabda Rasul SAW: "Semua manusia akan dikumpulkan di hari Qiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab."

Berqiamullail boleh dilakukan sama ada sepanjang malam, bermula lepas Isyak hingga Subuh, atau separuh malam, sepertiga malam, seperenam malam atau akhir malam. Bukan senang untuk bangun malam di kala kesejukan menggigit dan mimpi menggamit. Hanya orang yang dipermudahkan Tuhan, kuat azam dan kecintaan kepada-Nya yang mampu bersekang mata untuk-Nya.

Readmore »»

ISTIDRAJ....


"Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? "So, Fendi pun jawablah yang kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Allah Ar-Rahman.

Teringat juga Fendi pada satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya Kenapa kadang-kadang
kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa. Tup-tup dapat pula artikel ni daripada seorang rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di padang Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada
manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan
nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang derhaka dan sering berbuat
maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan
bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana
Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak
dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu
sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya
sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri
lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat
itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar
pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun
lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji
dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan
yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya,
dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah
yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan
untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak
selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang
kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup
kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai
Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia
bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke
jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan
diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang
diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai
Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
(sama2lah kita renungkan dan pk2kan adakah kita bersyukur ke atas stiap nikmat yg di beri oleh Allah S.W.T dan adakah kita menggunakan nikmat yang di berikan itu dgn btl )



Readmore »»

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT



1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.



2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.



3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat,
kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Wallahualam.

Readmore »»

Tuesday, October 9, 2007

RAHSIA SURAH YASSIN

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Readmore »»

Sebaik-baik Teman Adalah Hati


Sebaik-baik Teman Adalah Hati

"
Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana
anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan
arah tujuan"

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya.
Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan
mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri
membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil
dan satu lagi bersumberkan hati besar.

Hati besar akan berkata, "Ah, persetankanlah. Aku bukan
baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun,
aku boleh kerja di mana-mana saja.

Setakat kerja di sini apa sangat."

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza.
"Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat
kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut,
siapa nak ambil orang tua bekerja?"

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala
semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ.

Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala
gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun
bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik,
tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling
baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda.

Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia
adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia.
Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang
lebih jujur.

Hati besar biasanya penuh dengan ego.

Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di
situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang
lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur,
padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan
sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar.
Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda,
tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih
memahami. Juru nasihat terbaik diri anda adalah diri
anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia
lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi
diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat
itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat
yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja
yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu
anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat
dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah
anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk
anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda
mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang
terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada
wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam
hatinya.

Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa
yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa
hati. Itu berbeza dari suara hati.

Rasa hati kerap dibaur
oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa
sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual
terutama tatkala anda rasa kesunyian.

Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan
sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu
mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan
anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala
tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil,
kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan
pandangan dan pendapat orang lain, namun
bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak
menentukan arah tujuan.

Readmore »»

Tuesday, October 2, 2007

Gambar perkebumian adik nurin

Assalamualaikum!

2007 hampir meninggalkan kita...namun kita sebagai warga malaysia...
telah menyaksikan pelbagai masalah..(Kes rasuah berfrofile tinggi,kredibiliti kepimpinan,
berita rusuhan,pembunuhan dan banyak lagi....antara yang paling menghiris perasaan seluruh warga malaysia tanpa mengira kaum ialah "kes penculikan dan pembunuhan adik Nurin".
Seluruh warga menangisi kematian ini.Betapa zalim dan binatangnya pelaku tersebut.

Namun kes ini..telah mengundang pelbagai tafsiran dan tanggapan umum masyarakat.
Antaranya:

Suasana tidak selamat untuk kanak-kanak sewaktu di luar rumah.
Sedangkan mereka banyak menghabiskan masa diluar(sekolah dan tuiysen).Dan diwaktu yang sama pula(pihak berkuasa) menyalahkan ibubapa cuai menjaga anak dan menguggut untuk diambil tindakkan mahkamah.
Betapa lambatnya pihak polis untuk menjejaki penjenayah ini.Kemana perginya SB dan unit risikannya?Mana kecekapannya sehingga mengambil tempoh yang lama dan meminta bantuan FBI???Sedangkan jika melibatkan "isu politik" SBnya bersepah di sana-sini.
Dan satu kebimbangan jika"Maklumat ini betul"....."kes adik nurin ini satu perancangan" melibatkan pihak-pihak tertentu bagi "menutup " kes-kes besar di media-media semasa.Kes ini(kes adik nurin) dijangka mampu menutup dan memindah minda dan tumpuan serta perbincangan masyarakat kerana kes ini akan menarik perhatian semua kaum dan peringkat umur....bahkan ianya berjaya menyejukkan semua kumpulan politik dan ngo.....SEDIH..OH MALAYSIAKU...

Readmore »»

KATA IBU...


hm......KATA IBU...
Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan Sayang,
'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang
dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitu
sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:

'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:

'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:

'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu
hanya jadi kuli bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum
kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:

'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal
dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau
tapi kini sungai
juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:

'Tanamlah kucai kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:

Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..
Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan...

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj