Thursday, February 14, 2008

Jgn kau sakit hati IBU AYAH

Renungan bersama...e-mail yang kuterima dari seorang hamba Allah.

"Jgn kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mrka.. Kerdhaan ALLAH x kan hdr tanpa keredhaan Kedua Ibubapa...
Ya-ALLAh ampunilah dosaku, Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & uslimat & org2 yang aku kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.
Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan ! dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu.

Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama
sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah.

Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya.
Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini.
Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini.
Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).
Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"."Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa didalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anak-anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya.
Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium.
Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah pun! ya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . .
Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yang ingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.

0 Comments:

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj