Sunday, September 30, 2007

BERTOLAK ANSUR DEMI MENJAGA PERPADUAN UMAT...



ALLAH telah menjadikan rahmat dan nikmat yang amat banyak untuk
membolehkan manusia hidup dengan sempurna. Allah menjadikan nikmat di lautan
dan di daratan, bumi dan angkasa lepas yang mana semuanya untuk faedah
kehidupan manusia juga.

Antara nikmat dan rahmat yang utama kurniaan Allah Subhanahu Wataala
kepada manusia ialah pemberian akal dan hati bagi membolehkan manusia
berfikir serta merasa. Akal untuk kita berfikir yang membolehkan kita
mencari dan mengembangkan ilmu, manakala hati pula membolehkan kita membina
sifat diri dengan nilai yang baik serta terpuji. Kebolehan manusia
berfikir membolehkan kita mengatur hidup dan menyelesaikan masalah dengan
sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan Allah.
Manakala dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan
dengan tenang dan jelas. Sebagai contoh, tamadun Islam telahd apat dibina
dengan kekuatan akal yang telah berjaya menjadikan umat Islam terkenal
dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai jenis seperti
perubatan, astrologi, sastera dan lain-lain.

Allah Subhanahu wataala telah menjadikan semua di dunia ini dengan
fitrahnya dan di atas rahmat serta nikmat Allah.

Air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepada manusia dan
kehidupan lain. Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan
tenaga yang membolehkan kenderaan bergerak dan sumber untuk memasak dan
bahan untuk menjana kuasa elektrik, kesemua ini adalah kemudahan dan
manfaat manusia.

Adalah sangat penting kita bersyukur dan menghargai semua rahmat Allah
Subhanahu Wataala. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan
akal dituntut untuk sentiasa bersyukur dan bertasbih terhadap
Pencipta-Nya atas segala kurnia rahmat-Nya.

Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya
sentiasa patuh dan taat di mana peranan kita sebagai hamba Allah di bumi ini
untuk memimpin dan membuat pengurusan yang baik. Manakala Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai qudwah dan sumber teladan terbaik
untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam pengurusan diri, keluarga,
sumber dan dakwah serta jihad.

Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara
dan kekuatan keluarga adalah bergantung kepada sumber nikmat serta
rahmat Allah Subhanahu Wataala. Semua ini tidak akan berlaku tanpa
keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusia di dalam mengurus dan memimpin semua
nikmat dan rahmat Allah. Di samping itu akan membawa natijah kepada
keinsafan manusia bahawa tiada satu pun di alam ini boleh diurus sesuka
hati.

Oleh yang demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang
perlu dijaga, diuruskan dan disempurnakan dengan baik. Amanah daripada
Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama dan
bertanggungjawab. Kita perlu ingat, rahmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan
harta serta pangkat adalah sesuatu yang tidak kekal. Kita akan mati dan
meninggalkan semua itu, hanya amalan yang kita bawa bersama..

Learn from other mistakes
You can't live long to experience it for yourself
*Belajarlah dari kesalahan orang lain
Engkau tidak dapat hidup lama untuk

mendapatkan itu semua dari dirimu sendiri
Wassalam ..

0 Comments:

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj