Sunday, September 30, 2007

BERTOLAK ANSUR DEMI MENJAGA PERPADUAN UMAT...



ALLAH telah menjadikan rahmat dan nikmat yang amat banyak untuk
membolehkan manusia hidup dengan sempurna. Allah menjadikan nikmat di lautan
dan di daratan, bumi dan angkasa lepas yang mana semuanya untuk faedah
kehidupan manusia juga.

Antara nikmat dan rahmat yang utama kurniaan Allah Subhanahu Wataala
kepada manusia ialah pemberian akal dan hati bagi membolehkan manusia
berfikir serta merasa. Akal untuk kita berfikir yang membolehkan kita
mencari dan mengembangkan ilmu, manakala hati pula membolehkan kita membina
sifat diri dengan nilai yang baik serta terpuji. Kebolehan manusia
berfikir membolehkan kita mengatur hidup dan menyelesaikan masalah dengan
sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan Allah.
Manakala dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan
dengan tenang dan jelas. Sebagai contoh, tamadun Islam telahd apat dibina
dengan kekuatan akal yang telah berjaya menjadikan umat Islam terkenal
dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai jenis seperti
perubatan, astrologi, sastera dan lain-lain.

Allah Subhanahu wataala telah menjadikan semua di dunia ini dengan
fitrahnya dan di atas rahmat serta nikmat Allah.

Air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepada manusia dan
kehidupan lain. Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan
tenaga yang membolehkan kenderaan bergerak dan sumber untuk memasak dan
bahan untuk menjana kuasa elektrik, kesemua ini adalah kemudahan dan
manfaat manusia.

Adalah sangat penting kita bersyukur dan menghargai semua rahmat Allah
Subhanahu Wataala. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan
akal dituntut untuk sentiasa bersyukur dan bertasbih terhadap
Pencipta-Nya atas segala kurnia rahmat-Nya.

Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya
sentiasa patuh dan taat di mana peranan kita sebagai hamba Allah di bumi ini
untuk memimpin dan membuat pengurusan yang baik. Manakala Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai qudwah dan sumber teladan terbaik
untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam pengurusan diri, keluarga,
sumber dan dakwah serta jihad.

Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara
dan kekuatan keluarga adalah bergantung kepada sumber nikmat serta
rahmat Allah Subhanahu Wataala. Semua ini tidak akan berlaku tanpa
keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusia di dalam mengurus dan memimpin semua
nikmat dan rahmat Allah. Di samping itu akan membawa natijah kepada
keinsafan manusia bahawa tiada satu pun di alam ini boleh diurus sesuka
hati.

Oleh yang demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang
perlu dijaga, diuruskan dan disempurnakan dengan baik. Amanah daripada
Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama dan
bertanggungjawab. Kita perlu ingat, rahmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan
harta serta pangkat adalah sesuatu yang tidak kekal. Kita akan mati dan
meninggalkan semua itu, hanya amalan yang kita bawa bersama..

Learn from other mistakes
You can't live long to experience it for yourself
*Belajarlah dari kesalahan orang lain
Engkau tidak dapat hidup lama untuk

mendapatkan itu semua dari dirimu sendiri
Wassalam ..

Readmore »»

Thursday, September 27, 2007

KASIH SEORANG IBU

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping
telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal,
sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka
kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat
melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan
lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam
bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian
antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada
tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

Readmore »»

Tuesday, September 25, 2007

Siapakah Orang Yang KEDEKUT!!!!

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi

Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil

berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Readmore »»

Sunday, September 23, 2007

Fadhilat Tarawikh

@@ Fadhilat Tarawikh @@

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Readmore »»

Untuk renungan bersama

Untuk renungan bersama


"Allah s.w.t telah mewajibkan hambaNya untuk Solat 5 kali sehari
semalam.Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah
s.w.t di malam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu
menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka,daripada sebab bekas sujud"
(Al-Fath:29)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih
utama
yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)


Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh

umat Islam dari segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Sekadar maklumat bersama:

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya
tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat
diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat
saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap
inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara
normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati
bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan

pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu
sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut
mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan
ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut,lantaran itu dia telah
memeluk agama Islam.Setelah memeluk Islam,beliau amat yakin akan perubatan
secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa
yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa,madu lebah,biji hitam(black seed) dan sebagainya.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Manakala pernafasan ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang
terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia.(Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks
atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Mengerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta
punggung ketika akan sujud dan bangun dari
pada sujud.

11.Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi Wanita,pergerakan otot itu menjadikan
buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita
bersalin,organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima
banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit
salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula,Sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa
Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong
riak,takbur dan sebagainya.


Rujukan:

1. Dipetik daripada Arab News,7 Januari (atau Februari) 1987.

maaf sekadar renungan kita bersama...."

Readmore »»

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI




Sekiranya anda di dalam bangunan

Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang

teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah

dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling

kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek

yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam

keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan

lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan

cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan

muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Padamkan semua api.


Sekiranya anda di luar bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,

bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh

ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.


Sekiranya di dalam stor yang sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi

mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan

keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.


Sekiranya di dalam bangunan tinggi

Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni

lain.

Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan

kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.


Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,

kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.


Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau

bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau

di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik

dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang

selamat untuk menilai situasi anda.

Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada

gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan

jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Readmore »»

Tawakkal Harus Di sertai Dengan Usaha

REZEKI secupak tidak menjadi segantang. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak.

Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.


Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak termakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal.

Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah, malah silap memahami erti berserah.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: Kamu datang dengan apa? Jawab lelaki itu: Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal. Nabi berkata: Ikat dulu, baru tawakal.

Jelas, tawakal adalah berserah dan berusaha. Tetapi ada orang berusaha tetapi tidak berserah pada Allah. Sesetengahnya pula berserah pada Allah tetapi tidak berusaha.

Kita tidak boleh menyalahkan takdir, sebaliknya yang patut dipersalahkan kita kerana tidak berusaha.

Pepatah Melayu yang menyebut 'hendak seribu daya tidak hendak 1,000 dalih' sebenarnya silap.

Konsep takdir dan tawakal sepatutnya mereka tidak banyak dalih, tetapi banyak cara dan pepatah itu sepatutnya ditukar kepada hendak seribu daya mahu seribu cara.

Menyalahkan takdir sebenarnya menyalahkan diri sendiri. Pepatah Inggeris menyebut what you give you get back. Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak berubah qada melainkan dengan doa.

Makna doa ialah berusaha. Jika doa tanpa usaha, itu maknanya doa yang salah. Contohnya, kita berdoa: Ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat.

Hendak mendapatkan kebaikan di dunia kena berikhtiar dan hendak keselamatan akhirat mesti juga berusaha. Berusaha mendapatkan syurga dan dijauhi dari api neraka.

Nabi Yusof a.s pernah menghadapi kegawatan kemarau selama tujuh tahun. Baginda berjaya mengubah kemarau itu sebabnya sudah melakukan perancangan selama tujuh tahun lebih awal.

Nabi Muhammad s.a.w mengubah masyarakat Jahiliyah kepada hidayah kerana Nabi mengubahnya dengan ikhtiar selama 23 tahun.

Kecemerlangan bukan pada keajaiban lampu Aladin dan Nabi juga bukan menggunakan mukjizat semata-mata, tetapi ikhtiar.

Cuma ikhtiar ada dua cara, satu halal dan lagi satu cara haram. Jika mahu menjadi orang kaya mesti kuat bekerja dan mengusahakan perniagaan. Ini cara halal.

Tetapi jika mahu kaya cara salah dengan merompak dan menyamun. Ikhtiar juga, tetapi caranya haram, dikutuk masyarakat dan tidak diredai Allah.

Yang secupak menjadi secupak jika ikhtiar kita juga secupak. Sekiranya yang secupak hendak menjadi segantang, usaha biar sesuai dengan matlamat kita.

Pendek kata, silap melakukan tindakan akan tersasar. Dengan memahami konsep tawakal mereka yang mendapat harta tidak akan ego, kerana yang dia dapat adalah pinjaman dari Allah.

Dengan memahami konsep tawakal kita tidak akan berputus asa, sebabnya masa depan kita di dalam rahsia Allah.

Ada orang kata, ulat di dalam batu boleh makan. Biarlah, kita bukannya ulat, malah kita pun hendak mempunyai rumah, kenderaan dan menghirup udara nyaman. Justeru, kita perlu berusaha lebih daripada ulat.

Readmore »»

Saturday, September 22, 2007

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

'Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan

malaikat maut'. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : 'Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh'.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :'Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh' . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : 'Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya' . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ' Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku'. 'Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku'. 'Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku'.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: 'Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku'.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan mencer ita kan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.'

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W. T . menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: ' T idak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W. T .' Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W. T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W. T . berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.' Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W. T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. T api keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: T idak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.' Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: T idak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.' Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: ' T idak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.' Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: ' T idak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan k ita b-k ita b dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.' Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W. T . Kemudian AllahS.W. T . berfirman yang bermaksud:'Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.' Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W. T . maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W. T . Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W. T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah d ita nya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 'Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
T elah bersabda Rasullullah S.A.W: T iga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan k ita bersama.
Kalau rajin. T olong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam k ita .

Readmore »»

Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir ?

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"
(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit penyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin

yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.


Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu

Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi" - pengikut-pengikut

9. Al Qarna" - pengawan-pengawan

10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj