Sunday, September 30, 2007

BERTOLAK ANSUR DEMI MENJAGA PERPADUAN UMAT...



ALLAH telah menjadikan rahmat dan nikmat yang amat banyak untuk
membolehkan manusia hidup dengan sempurna. Allah menjadikan nikmat di lautan
dan di daratan, bumi dan angkasa lepas yang mana semuanya untuk faedah
kehidupan manusia juga.

Antara nikmat dan rahmat yang utama kurniaan Allah Subhanahu Wataala
kepada manusia ialah pemberian akal dan hati bagi membolehkan manusia
berfikir serta merasa. Akal untuk kita berfikir yang membolehkan kita
mencari dan mengembangkan ilmu, manakala hati pula membolehkan kita membina
sifat diri dengan nilai yang baik serta terpuji. Kebolehan manusia
berfikir membolehkan kita mengatur hidup dan menyelesaikan masalah dengan
sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan Allah.
Manakala dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan
dengan tenang dan jelas. Sebagai contoh, tamadun Islam telahd apat dibina
dengan kekuatan akal yang telah berjaya menjadikan umat Islam terkenal
dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai jenis seperti
perubatan, astrologi, sastera dan lain-lain.

Allah Subhanahu wataala telah menjadikan semua di dunia ini dengan
fitrahnya dan di atas rahmat serta nikmat Allah.

Air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepada manusia dan
kehidupan lain. Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan
tenaga yang membolehkan kenderaan bergerak dan sumber untuk memasak dan
bahan untuk menjana kuasa elektrik, kesemua ini adalah kemudahan dan
manfaat manusia.

Adalah sangat penting kita bersyukur dan menghargai semua rahmat Allah
Subhanahu Wataala. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan
akal dituntut untuk sentiasa bersyukur dan bertasbih terhadap
Pencipta-Nya atas segala kurnia rahmat-Nya.

Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya
sentiasa patuh dan taat di mana peranan kita sebagai hamba Allah di bumi ini
untuk memimpin dan membuat pengurusan yang baik. Manakala Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai qudwah dan sumber teladan terbaik
untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam pengurusan diri, keluarga,
sumber dan dakwah serta jihad.

Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara
dan kekuatan keluarga adalah bergantung kepada sumber nikmat serta
rahmat Allah Subhanahu Wataala. Semua ini tidak akan berlaku tanpa
keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusia di dalam mengurus dan memimpin semua
nikmat dan rahmat Allah. Di samping itu akan membawa natijah kepada
keinsafan manusia bahawa tiada satu pun di alam ini boleh diurus sesuka
hati.

Oleh yang demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang
perlu dijaga, diuruskan dan disempurnakan dengan baik. Amanah daripada
Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama dan
bertanggungjawab. Kita perlu ingat, rahmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan
harta serta pangkat adalah sesuatu yang tidak kekal. Kita akan mati dan
meninggalkan semua itu, hanya amalan yang kita bawa bersama..

Learn from other mistakes
You can't live long to experience it for yourself
*Belajarlah dari kesalahan orang lain
Engkau tidak dapat hidup lama untuk

mendapatkan itu semua dari dirimu sendiri
Wassalam ..

Readmore »»

Thursday, September 27, 2007

KASIH SEORANG IBU

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping
telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal,
sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka
kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat
melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan
lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam
bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian
antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada
tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

Readmore »»

Tuesday, September 25, 2007

Siapakah Orang Yang KEDEKUT!!!!

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi

Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil

berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Readmore »»

Sunday, September 23, 2007

Fadhilat Tarawikh

@@ Fadhilat Tarawikh @@

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Readmore »»

Untuk renungan bersama

Untuk renungan bersama


"Allah s.w.t telah mewajibkan hambaNya untuk Solat 5 kali sehari
semalam.Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah
s.w.t di malam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu
menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka,daripada sebab bekas sujud"
(Al-Fath:29)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih
utama
yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)


Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh

umat Islam dari segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Sekadar maklumat bersama:

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya
tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat
diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat
saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap
inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara
normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati
bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan

pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu
sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut
mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan
ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut,lantaran itu dia telah
memeluk agama Islam.Setelah memeluk Islam,beliau amat yakin akan perubatan
secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa
yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa,madu lebah,biji hitam(black seed) dan sebagainya.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Manakala pernafasan ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang
terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia.(Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks
atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Mengerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta
punggung ketika akan sujud dan bangun dari
pada sujud.

11.Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi Wanita,pergerakan otot itu menjadikan
buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita
bersalin,organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima
banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit
salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula,Sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa
Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong
riak,takbur dan sebagainya.


Rujukan:

1. Dipetik daripada Arab News,7 Januari (atau Februari) 1987.

maaf sekadar renungan kita bersama...."

Readmore »»

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI




Sekiranya anda di dalam bangunan

Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang

teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah

dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling

kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek

yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam

keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan

lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan

cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan

muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Padamkan semua api.


Sekiranya anda di luar bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,

bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh

ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.


Sekiranya di dalam stor yang sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi

mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan

keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.


Sekiranya di dalam bangunan tinggi

Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni

lain.

Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan

kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.


Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,

kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.


Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau

bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau

di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik

dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang

selamat untuk menilai situasi anda.

Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada

gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan

jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Readmore »»

Tawakkal Harus Di sertai Dengan Usaha

REZEKI secupak tidak menjadi segantang. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak.

Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.


Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak termakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal.

Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah, malah silap memahami erti berserah.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: Kamu datang dengan apa? Jawab lelaki itu: Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal. Nabi berkata: Ikat dulu, baru tawakal.

Jelas, tawakal adalah berserah dan berusaha. Tetapi ada orang berusaha tetapi tidak berserah pada Allah. Sesetengahnya pula berserah pada Allah tetapi tidak berusaha.

Kita tidak boleh menyalahkan takdir, sebaliknya yang patut dipersalahkan kita kerana tidak berusaha.

Pepatah Melayu yang menyebut 'hendak seribu daya tidak hendak 1,000 dalih' sebenarnya silap.

Konsep takdir dan tawakal sepatutnya mereka tidak banyak dalih, tetapi banyak cara dan pepatah itu sepatutnya ditukar kepada hendak seribu daya mahu seribu cara.

Menyalahkan takdir sebenarnya menyalahkan diri sendiri. Pepatah Inggeris menyebut what you give you get back. Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak berubah qada melainkan dengan doa.

Makna doa ialah berusaha. Jika doa tanpa usaha, itu maknanya doa yang salah. Contohnya, kita berdoa: Ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat.

Hendak mendapatkan kebaikan di dunia kena berikhtiar dan hendak keselamatan akhirat mesti juga berusaha. Berusaha mendapatkan syurga dan dijauhi dari api neraka.

Nabi Yusof a.s pernah menghadapi kegawatan kemarau selama tujuh tahun. Baginda berjaya mengubah kemarau itu sebabnya sudah melakukan perancangan selama tujuh tahun lebih awal.

Nabi Muhammad s.a.w mengubah masyarakat Jahiliyah kepada hidayah kerana Nabi mengubahnya dengan ikhtiar selama 23 tahun.

Kecemerlangan bukan pada keajaiban lampu Aladin dan Nabi juga bukan menggunakan mukjizat semata-mata, tetapi ikhtiar.

Cuma ikhtiar ada dua cara, satu halal dan lagi satu cara haram. Jika mahu menjadi orang kaya mesti kuat bekerja dan mengusahakan perniagaan. Ini cara halal.

Tetapi jika mahu kaya cara salah dengan merompak dan menyamun. Ikhtiar juga, tetapi caranya haram, dikutuk masyarakat dan tidak diredai Allah.

Yang secupak menjadi secupak jika ikhtiar kita juga secupak. Sekiranya yang secupak hendak menjadi segantang, usaha biar sesuai dengan matlamat kita.

Pendek kata, silap melakukan tindakan akan tersasar. Dengan memahami konsep tawakal mereka yang mendapat harta tidak akan ego, kerana yang dia dapat adalah pinjaman dari Allah.

Dengan memahami konsep tawakal kita tidak akan berputus asa, sebabnya masa depan kita di dalam rahsia Allah.

Ada orang kata, ulat di dalam batu boleh makan. Biarlah, kita bukannya ulat, malah kita pun hendak mempunyai rumah, kenderaan dan menghirup udara nyaman. Justeru, kita perlu berusaha lebih daripada ulat.

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj