Thursday, September 20, 2007

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Readmore »»

Empat Amalan Bulan Ramadhan

wahai org2 yang beriman, telah wajib ke ats kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke ats umat2 terdahulu"

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) melazimkan bacaan kalimah taiyibah

dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

2)beristighfar

digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah disangkakan.

3)memohon memasuki jannah

Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:

"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"

4)berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam

Readmore »»

Tuesday, September 18, 2007

My family Picture

Assalamualaikum.

Sekadar Kenangan dan memory keluarga...My Family foto August and September 2007.

Readmore »»

Friday, September 14, 2007

Dalam Diri Kita Ada Tanda2 Kebesaran Tuhan..Hayati Dan Fahami...

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu Ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh Kita melihat kedua tapak tangan Dan perhatikan garis-garis di tapak tangan Kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 Dan 1 dalam Bahasa Arab Dan tangan kanan 1 Dan 8 Dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa Kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk Dan nasi dengan tangan kanannya Dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last TU) Lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi Dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan Kita Ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg Ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), IA merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan Kita. Dua cecah garam dari jari Kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk Kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab IA adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir Dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasul ullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut Kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria Dan racun Ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria Dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah Kita minum berdiri walaupun IA makruh tetapi IA makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan Kita minum dari bekas yg besar Dan jangan bernafas sedang Kita minum. Kerana apabila Kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya Kita akan meneguk air Dan dalam proses minum itu, Kita tentu akan bernafas Dan menghembuskan nafas dari hidung Kita. Kerana apabila Kita hembus, Kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, Dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika IA Ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali IA akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap IA akan memberi manfaat pada anda sekalian, Dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) Ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa IA terletak di Mekah al-Mukarramah Dan mengapa IA empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan Dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa IA empat persegi, IA melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana IA diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah IA memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi Dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Readmore »»

Pegangkah kita pada Al-Qur'an?

"HARI KIAMAT akan SEGERA TIBA dan batu bintang akan terbit, AL QURAN
akan hilang dan matahari akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia
akan panik."

Sedarkah kita sebenarnya Al-Qur'an memang sudah hilang? Ya,
sememangnya ia sudah hilang dalam kebanyakan hati umat islam sekarang..
Kita selalu berkata dengan yakin, "Saya Baca Al-Qur'an", "Saya
Berpegang Teguh Pada Al-Qur'an". Tapi, jika ditanya, ada berapa juzuk
dalam Al-Qur'an? Ada berapa surah dalam Al-Qur'an? Ada berapa ayat
dalam Al-Qur'an? Apa surah pertama, ayat pertama dalam Al-Qur'an?
Confirm tak semua orang tau. Even mereka yang sudah berpuluh tahun
hidup mengaku saya orang islam.

Bukan untuk menghina sesiapa, tapi mari kita muhasabah diri, benarkan
kita telah beriman? Benarkah kita sudah faham bicara Al-Qur'an? Kata-
kata Allah? Jika medium kita berhubung sesama manusia adalah telefon,
apakah medium Allah berhubung dengan kita?

[44:58] Sesungguhnya Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu
supaya mereka mendapat pelajaran.

[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-
orang yang lalai.

Readmore »»

Bidadari Syurga

Assalamualaikum
Mukhaddimah:
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada
agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini
merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa
mudanya dihabiskan.
Kisah......:
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang
di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia
shahid,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang
yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sngguh
indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik
dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu
menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan
'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan
dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...
saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati
ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama
tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu
menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul
mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......
Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid
barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.
Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu
makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid
tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat
nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar...benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia
sedang
menunggu untuk berbuka puasa di syurga....subhanallah...
Kesimpulan cerita ini....
Tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia.... selepas
seseorang mati maka kehidupanya terus
bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc.... Kehidupan akhirat
adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba.... kalaulah
suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di sana
menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang
banyak telah kita buat.... jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk
membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan menjaminkan
kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua.... maka
apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana
dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa
dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... semoga kita semua dapat
amal dan sampaikan....

Readmore »»

Saturday, September 1, 2007

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu:
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..·

Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia YangMeninggalkanmu·
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau KekayaanYang Telah Menumpukmu·
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia YangTelahMenumpukmu·
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia YangTelahMenguburmu.

"Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan.. ..Terdengar Dari LangitSuaraMemekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini TerkulaiLemah·
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini BungkamTakBersuara·
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini TuliDariSeribu Bahasa·
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa KiniRaibTak Bersuara

"Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit TerdengarMemekik, "WahaiFulan Anak Si Fulan·Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha·
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka AllahWahai Fulan Anak Si Fulan...·
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun JauhTanpaBekal·
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan KembaliSelamanya·
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang PenuhPertanyaan.

"Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "WahaiFulanAnak Si Fulan..·
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan·
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat·
Berbahagialah Apabila Hidu pmu Penuh Dengan Taat.

"Ketika Mayat Siap Dishalatkan. ...Terdengar Dari Langit SuaraMemekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan..·
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat HasilnyaDiAkhirat·
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik·
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.

"Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara MemekikDariLangit, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini.

Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis·
Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka·
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau BungkamSeribuBahasa.

"Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah BerkataKepadanya,"Wahai Hamba-Ku.... .·
Kini Kau Tinggal Seorang Diri·
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat·
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..·
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri·
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku·
Hari Ini,....·
Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku·
Yang Akan Takjub Seisi Alam·
Aku Akan Menyayangimu·
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa YangTenang·
Kembalilah Kepada Tuhanmu·
Dengan Hati Y ang Puas Lagi Diridhai-Nya·
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku·
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"Anda Ingin Beramal Shaleh...?

Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang AndaKenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalammenjalani hidup ini.Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati(maut)dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bialmautiwa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu.Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibukbekerja...Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkankesempatanmembaca email ini.Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. Kitaseolahlupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya.Sesuatuyang bagi sebagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bilakematianakan menjemput kita???

Wassalam

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj