Friday, June 29, 2007

Istighfar pengubat dosa

Syeikh al-Maghari berkata: Kemudian Allah menambahkan lagi rakaman ancaman dan balasan kepada mereka yang ingkar. Ini kerana segala hujah dan bukti atas kebenaran Nabi Muhammad s.a.w telah jelas. Ibnu Kathir pula menyebut: Bahawa Allah s.w.t. memberi amaran dan ancaman terhadap orang kafir dengan Muhammad s.a.w.

Benarlah firman Allah s.w.t., (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya) , padahal telah pun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (Al-Baqarah: 210)

Firman Allah, (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya) . Terdapat dua tafsiran ulama berkenaan ayat ini:

* Kecuali Allah mendatangkan mereka dalam lindungan awan dan dengan malaikat. Kecuali Allah datangkan Allah.

Itulah pertanyaan yang bermaksud mengecam sikap orang-orang yang teragak-agak dan berlengah-lengah dari memasuki ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka. Apakah yang menyebabkan mereka enggan menyahut seruan itu? Apakah yang ditunggu-tunggu mereka? Apakah mereka akan terus bersikap begini sehingga mereka didatangi oleh Allah di dalam gumpalan awan bersama para malaikat-Nya?

Dengan lain perkataan adakah mereka tertunggu-tunggu dan mahu berlengah-lengah sehingga tiba hari yang amat ditakuti yang dijanjikan Allah. Iaitu dia akan datang di dalam gumpalan awan dan para malaikat juga datang berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun melainkan apabila diizinkan oleh Allah dan bercakap benar?

Tiba-tiba dalam masa kita sedang menghadapi pertanyaan dalam bentuk kecaman yang mengandungi ancaman yang menakutkan - kita dapati hari yang ngeri itu telah pun tiba dan segala sesuatu telah selesai dan seluruh mereka menghadapi peristiwa mendadak yang telah diperingatkan Allah kepada mereka.

Al-Sonhadji berkata: Ayat ini merupakan pertanyaan, tetapi mengandungi kejian atau istifhamun inkari.

Maksudnya: Tidaklah patut orang yang sudah tergelincir daripada kebenaran atau enggan memeluk Islam, hendak menunggu-nunggu pula atau melihat sahaja. Apa yang mereka tunggu tidak lain ialah azab jua yang akan datang.

Allah akan mendatangkannya melalui naungan awan dan dibawa oleh para malaikat dan akhirnya berlakulah apa yang akan berlaku, sebagai menyempurnakan kehendak dan hukuman Allah. Kepada-Nya dikembalikan segala urusan pembalasan.

* Qatadah berkata: Malaikat yang datang untuk mengambil dan mencabut nyawa mereka. Dikatakan juga pada hari Kiamat ia adalah lebih zahir. Sedangkan Abu al-‘Aliyah dan al-Rabi’ pula berpendapat: Para malaikat datang kepada mereka dalam lindungan awan dan Allah mendatangkan mereka mengikut kehendak-Nya. al-Qurtubi menyebut: Dikatakan bukanlah kalam menunjukkan zahirnya pada hak Allah s.w.t. tetapi maknanya urusan Allah dan hukumnya datang kepada mereka.

Gambaran

Dikatakan juga dengan apa yang Allah janjikan daripada perbicaraan dan azab yang dikenakan kepada mereka.

Firman Allah s.w.t.: Dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

Sayid Qutub berkata: Itulah cara al-Quran yang amat menarik yang membezakan dari segala kalam yang lain, iaitu cara menayangkan gambaran yang hidup tepat pada saat dan waktunya, di mana hati berdiri di hadapannya seolah-olah orang yang melihat, mendengar dan menghayatinya (di alam kenyataan).

Sampai bilakah mereka ponteng dari memasuki ke dalam kedamaian, sedangkan peristiwa agung yang ngeri itu sedang menunggu mereka? Malah peristiwa yang ngeri itu telah menimpa mereka ketika kedamaian masih dekat dengan mereka, iaitu kedamaian dunia dan akhirat pada hari langit kelihatan pecah dan bergumpal-gumpal dengan awan mendung dan para malaikat turun begitu ramai dan hebat. Iaitu pada hari roh dan malaikat berdiri berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun kecuali diizinkan Allah dan bercakap benar, iaitu hari Allah menyelesaikan urusan dan segala urusan telah diselesaikan.

Syeikh Sya’rawi berkata: Di sana terdapat dua perbezaan antara kamu kembali dengan kamu dikembali. Seolah-olah segala urusan dikembalikan dengan zatnya. Sekali diheret kepada Allah, orang yang baik akan kembali kepada Allah dengan berdirinya kerana dia akan pergi ke tempat yang baik yang sedang menunggunya.

Adapun yang tidak baik sudah tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah. Lantaran itu dikembalikan kepadanya, sama ada hendak atau tidak.

Akhirnya penulis menukilkan sifat orang yang baik yang sentiasa bertaubat walaupun melakukan dosa.

Terdapat satu riwayat daripada Anas katanya: Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turunnya ayat 135 surah Ali `Imran yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.

Ibn Mas’ud berkata: Ayat ini adalah lebih baik dari dunia serta isinya bagi orang yang melakukan dosa. Al-‘Allamah Ibn Rajab al-Hanbali menyebutkan di dalam kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam katanya: Abu Hurairah telah berkata: Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari 1,000 kali. Ini adalah sebagai tebusan bagiku. Dia telah menamakan perkara yang dipohonnya sebagai tebusan.

Aisyah berkata: Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapati istighfar yang banyak di dalam lembarannya (di akhirat).

Abu al-Minhal berkata: Tiada jiran yang paling disukai oleh seseorang hamba di dalam kuburnya melainkan jiran yang banyak beristighfar. Umumnya boleh dirumuskan bahawa ubat yang mujarab bagi dosa ialah istighfar. Diriwayatkan daripada Abu Zar, katanya: Setiap penyakit ada ubatnya dan ubat bagi dosa adalah istighfar.

Qatadah berkata: Al-Quran ini telah menunjukkan kepada kamu penyakit kamu dan ubat kamu. Penyakit kamu ialah dosa dan ubat kamu ialah istighfar.

Sebahagian ulama berkata, jalan penyelesaian bagi orang yang berdosa ialah tangisan dan istighfar. Sesiapa yang tertekan dengan dosa maka banyakkanlah istighfar.

Rayah al-Qaisi berkata: Aku mempunyai lebih daripada 40 dosa. Aku beristighfar kepada Allah untuk setiap dosaku sebanyak 100,000 kali.

Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang yang menghitung dirinya semenjak dia mula baligh. Dia mendapati dosanya sebanyak 36. Dia pun beristighfar kepada Allah untuk setiap dosanya sebanyak 100,000 kali dan dia bersolat (sunat) untuk setiap satu dosa sebanyak 1,000 rakaat. Kemudian dia berkata: Walaupun begitu, aku masih rasa tidak tenteram daripada cengkaman Tuhanku yang akan menghukum aku dengannya dan aku berada di dalam bahaya tentang penerimaan taubatku.

Pada suatu hari seseorang berkata kepada al-Hasan: Tidakkah seseorang itu merasa malu terhadap Tuhannya, dia memohon ampun dari dosa-dosanya, kemudian kembali melakukannya, kemudian dia memohon ampun, kemudian dia kembali melakukan dosa.

Al-Hasan berkata: Syaitan amat suka kalau mendapati orang seperti kamu ini. Janganlah kamu semua merasa bosan terhadap istighfar. Iktibar dan pengajaran ayat: *Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa. *Balasan dan seksaan Allah boleh berlaku di dunia dan di akhirat. *Kesudahan makhluk adalah kepada Allah jua yang akan dibuat keputusan mengikut kehendak-Nya.

Readmore »»

Thursday, June 28, 2007

SEMERBAK IMAN MASYITA


Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.

Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
MORAL & IKTIBAR
Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka. Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.

Readmore »»

Friday, June 15, 2007

Rahsia Di Sebalik Demam

Rahsia Di Sebalik Demam

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : "Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama? Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka. Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya : Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya. Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya.

Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran : Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani" .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda: "Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil? Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya". Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi". (Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya. Demam Penebus Dosa. Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati. Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Readmore »»

Friday, June 1, 2007

Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami

Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik. Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami.

Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa? Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur'an surat at-Tahrim : 6 dikatakan: "Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka" Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga.

Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya. Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri.

Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti? Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara.

Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah. Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral. Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin. Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya.

Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai. Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri. Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin. Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji. Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya. Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya. Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan. Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda. Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan. Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran. Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.

"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS. An-Nisaa' ayat 19)

Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.

Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya. Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya. Lalu, jika berbicara jangan smpai menyusahkan.

Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan. Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya. Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat.

Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi. Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah. Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah.

Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti.

Wallahu'alam

Readmore »»

Sunday, May 20, 2007

Pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan

Assalamualaikum, Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insya-allah.

Readmore »»

petikan ceramah ust. hj akil...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, si! apa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...)

Readmore »»

Saturday, May 19, 2007

apa yang kita sibukkan?

Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu
saya siapkan".Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan
dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita
kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang
sibuk atau buat-buat sibuk?
Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka
sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala
kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan
kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari
pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan
dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan
atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?
Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana
dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman
yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang
merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah
'kerugian' yang sebenarnya".
Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari
pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab
amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang
akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab
amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al
Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab
amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang
menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu
gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka
berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau
perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang
mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"
Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa
kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.
Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang
menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan
ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini
Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna
lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika
orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka
berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah
dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu
termasuk orang-orang yang yakin"Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan
masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk
Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana
tipu dayanya terlalu halus.Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang
belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;

Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran.
Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang
akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu
yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem.
Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan
baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR
yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa
Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara
yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai
pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul
bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam
keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima
jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.
Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah,
samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam.
Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau
mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam
persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat
yang eletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan
mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti
plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor
dibina dari bahan septi ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari
nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak
memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya
bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah
dari rosaknya aqidah kita;

1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH.

2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA
PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang
tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.

Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk
melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan
sebagainya. Lebih malangnya... hari ini riba diberi nama-nama yang lain
yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah
dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian
moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini
diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga
tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan
segera.

Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada
dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan
ranting-ranting ang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami
sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam
bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat'
kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di
tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak
luar nikah dan sebagainya.

Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan
perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak
gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai
begitu saja.

Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam
perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar
kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan
haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan
Kaabah sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang
ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya,
bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al
Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita
bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya
di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan,
berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita
hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam
yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja
dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan
saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama
mengikut nilaian Allah SWT.

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj