APA PUNCA ANAK DERHAKA
(Salam sayang dari abah dan ummi untuk ALONG-Imamuddin Abdul Muhaimin,ANGAH-Mohamad Imahaikal Naim,KAKAK-Nur Husna Haziqah dan ADIK-Nur Aqilah Syahmi)
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu
salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan.
Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan
ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih
dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran
dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang
penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak
sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur,
walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita
tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada
mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,
sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".
inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga
dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup
hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan
anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan
anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak
rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu,
bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah
tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan
mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan
ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama
ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik,
turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan
hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah
sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan
perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu
juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar
kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka
tetapi kita wajibmentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua
yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan
baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibubapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan
ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah
emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak
ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum
balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah
kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa
lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi
Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya
sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Sunday, December 23, 2007
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 6:15 AM 0 comments
fadilat Aidiladha
Sama-sama kita renung dan kembali semula kepada hakikat sebenar aidiladha.Berikut adalah satu artikal yang dikirim oleh seorang teman.
AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah (SWT). Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah (SWT) kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.
Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah (SWT) menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”
Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing) .” (Surah Al Maidah, ayat 48)
Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.
Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.
Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah (SWT) selepas solat sunat Aidiladha.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah (SWT) pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah (SWT) sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah (SWT) bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.
Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah (SWT), tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah (SWT) atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)
Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.
Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah (SWT).
Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.
Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.
Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.
Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.
Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah (SWT). Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.
Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.
Firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah (SWT) hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)
Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah (SWT).
- Penulis ialah Bendahari Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia yang menguruskan Dana Projek Cemerlang Korban secara on line yang boleh dilayari di http://qurban- aqiqah.jim. org.my/1428/
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 5:54 AM 0 comments
Maklumat terbaru mengenai Halal Haram dari PPIM
Assalamualaikum. Berikut satu e-mail yang saya terima malam ini...ada tak sesiapa yang boleh mengesahkannya.Namun...jika tak ada pihak yang sudi mengesahkannya...tak apa...kita jadikan ini sebagai panduan dan berhati-hati dalam urusan"belian kita".
Maklumat terbaru mengenai Halal Haram dari PPIM
Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan
Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada di pasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.
1. COLGATE
Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur
lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.
2. AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium> Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.
3. COKLAT
Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.
4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & Kuew TIAW
Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.
5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE
Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan
berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.
6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)
Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.
REMPAH KARI ALLAGAPA, BABAS, SAKHTY & CAP MATA
Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat / menambah / memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786.
Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat.
Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang
cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786)
Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang
menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak / ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh.
Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***.
. COCA COLA
Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang
tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak!!!
9. SARDIN TIN MERAH
Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.
10. KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan / pertama sahaja manakala yang lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu / berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa- apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya di mana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam
dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas / raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.
11. TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat???
Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itulah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.
12. TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan
supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam
Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam (C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.
RENUNGAN
Di pasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam.
Contoh :
Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa / bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Di pasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu / Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Tamin...???
Kicap Tamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaran RM7, 000.00 untuk membolehkan produk tersebut
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 5:25 AM 0 comments
Wednesday, December 12, 2007
Bersih 'menang', kesemua tahanan bebas!
Harakah Daily(12/12/2007) melaporkan pembebasan kesemua 24 tahanan bermula petang sehingga malam semalam merupakan satu kejayaan pusingan pertama Bersih sekaligus menutup tirai 'pesta penangkapan' di parlimen semalam.
Lapan daripadanya telah dibebaskan lebih awal adalah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; wakil CIJ,V. Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi kira-kira jam 6 petang.
Manakala, baki 16 yang lain antaranya terdiri daripada Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat Dr Lo' Lo Haji Ghazali dan Dr Mohd Nasir (PSM) telah dibebaskan seoarng demi seorang bermula jam 8.45 malam.
Menurut kenyataan Suaram kepada Harakahdaily, kesemua yang terlibat dikehandaki melaporkan diri sekali lagi di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi, 18 Disember 2007 (Selasa).
Walaupun berlaku penangkapan, namun objektif Bersih tercapai apabila berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi tadi dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain termasuk Perdana Menteri.
Memo tersebut secara asasnya membantah pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk melanjutkan perkhidmatan Pengerusi SPR daripada 65 kepada 66 tahun yang dipercayai mempunyai motif untuk memberi peluang kepada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjawat jawatan itu semula.
Seterusnya secara tidak langsung Bersih beranggapan bahawa pelanjutan perkhidmatan Rashid adalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang dan menafikan peluang pembangkang untuk menang serta dalam masa yang sama mencabul hak rakyat untuk mengundi secara bijaksana dalam pilihan raya kelak
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 2:34 AM 0 comments
Perhimpunan Di Parlimen: Kit Siang Saman Polis, KPN Dan Kerajaan

Terbaru..KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ketua Pembangkang Lim Kit Siang hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia bagi memohon deklarasi bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Azniza Ali yang membenarkan permohonan polis menghalang satu perhimpunan di perkarangan Parlimen semalam, adalah batal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa perintah ex-parte yang diperoleh oleh polis daripada Majistret Kuala Lumpur itu pada 10 Disember bagi menghalang perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih itu, tidak jelas maksudnya.
Lim, yang juga Anggota Parlimen DAP bagi kawasan Ipoh Timur, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen termasuk dirinya sendiri.
Beliau menamakan Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan, dan turut memohon memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Lim, yang hadir di mahkamah bersama peguamnya, Karpal Singh di mahkamah, mendakwa enam aktivis Bersih dan bekas Anggota Parlimen Dungun Datuk Mustafa Ali, telah ditahan oleh polis berpakaian biasa walaupun mereka berada di lobi Parlimen secara sah setelah dibenarkan masuk oleh anggota polis yang menjaga sekatan jalan raya di luar kawasan Parlimen.
Menurutnya kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan dilepaskan pada 4 petang setelah dua jam ditahan.
Lim berkata bahawa pada permulaan persidangan Parlimen ke-11 pada Mei 2004, satu usul telah dipersetujui sebulat suara iaitu Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan menuju ke dewan rakyat hendaklah sentiasa dibuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan itu, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke dewan itu, dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan dewan dan setiausaha dewan hendaklah menyampaikan perintah itu kepada Ketua Polis Negara.
Katanya jika menurut perintah itu, Ketua Polis Negara sepatutnya memastikan anggota polis di bawah arahan beliau dilarang dalam apa cara sekali pun untuk menimbulkan huru-hara di perkarangan Parlimen.
-- BERNAMA
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:49 AM 0 comments
Tuesday, December 11, 2007
Himpunan Bersih di Parliment
Bersih akhirnya berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi (11 Disember 2007) dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain.
Berikut dipaparkan sebahagian dari detik-detik ketika majlis berlangsung.(petikan gambar dari harakahdaily.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 8:50 PM 0 comments
Insiden penahanan di parlimen, lapan dibebaskan tanpa syarat
Gambar-gambar demo di Parlimen
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Lapan aktivis yang ditahan di bangunan parlimen telah dibebaskan tanpa sebarang syarat oleh pihak polis.
Mereka yang dibebaskan ialah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; Wakil CIJ, Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi yang terlibat dengan sidang media dan majlis penyerahan memorandum Bersih kepada ahli parlimen tengahari tadi.
"Sebaik dibawa ke IPKKL, kami hanya diambil kenyataan sahaja, tanpa sebarang sebab atau dakwaan dibacakan kepada kami," ujar Dr Dzulkifli ketika dihubungi Harakahdaiy. Readmore »»
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:37 AM 0 comments