UTUSAN MALAYSIA ONLINE(07/12/2007) melapurkan - Pusat rawatan Islam pertama dibuka di Rusia.
Mufti Besar Sheikh Ravil Gainutdin menyifatkan pembukaan pusat itu sebagai acara bersejarah.
Artikal seterusnya baca di sini
Friday, December 7, 2007
Pusat rawatan Islam pertama dibuka di Rusia
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:40 PM 0 comments
Satu poster baru

Sempena menjelang pilihanaya tidak lama lagi..satu poster baru sangat bagus....mesti ditampal pada kereta setiap rakyat yang 'PERIHATIN'....TEMPAH DAN TAMPAL SEKARANG JUGA......
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:25 PM 0 comments
Kelantan cadang enakmen kuat kuasa sembahyang
KOTA BHARU - Utusan Malaysia(07/12/2007) melapurkan Kerajaan negeri Kelantan bercadang memperkenalkan enakmen bagi membolehkan ibadat sembahyang dikuatkuasakan dari segi undang-undang sejajar dengan usaha untuk memperkasakan amalan terpenting dalam Islam itu.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri berpendapat sudah tiba masanya kerajaan negeri melihat dari aspek perundangan pula setelah pelbagai program berbentuk kempen dilakukan.
Katanya, jika diwujudkan nanti, ia adalah sama seperti undang-undang berhubung ibadat puasa dan sembahyang Jumaat serta perkara lain khususnya yang berkaitan aspek kekeluargaan Islam.
“Jadi, kita (kerajaan negeri ) mahu naik setangga lagi supaya solat fardu pun ada undang-undang yang menguatkuasakannya supaya manusia sedar bahawa solat bukan kerja main-main, ia satu elemen penting bagi memperbetulkan diri.
“Solat mampu mencegah mungkar, jadi ia umpama brek bagi mengawal kebuasan nafsu manusia. Macam keretalah, walau semahal mana sekalipun, kalau tidak ada brek, orang takut hendak naik,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Memperkasakan Solat Melalui Pendidikan dan Penguatkuasaan Undang-Undang di Balai Islam di sini semalam.
Hadir sama, Pengerusi Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Hassan Mohamood dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Abdul Aziz Abdul Rahman.
Seminar sehari itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan resolusi mengenai kaedah untuk melaksanakan penguatkuasaan berhubung ibadat sembahyang.
Berhubung tindakan yang dicadangkan dalam menguatkuasakan ibadat sembahyang, Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut masih terlalu awal untuk dinyatakan.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:22 PM 0 comments
proses pilihan raya negara ini yang dikatakan paling bebas dan adil di Asia?

Media tempatan hari ini dipetik berkata, Abdullah gembira kajian pilihan raya adil dan ia membuktikan selama ini Malaysia mengamalkan pilihan raya adil dan demokratik.
Kajian tersebut dilakukan oleh TNS dan Gallup International antara bulan Jun hingga Ogos lalu membabitkan 60,000 rakyat di 56 buah negara.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sangat tidak cerdik dan syok sendiri apabila terpedaya dengan hasil kajian dua badan antarabangsa, TNS dan Gallup International mengenai proses pilihan raya negara ini yang dikatakan paling bebas dan adil di Asia.
Bagaimana Abdullah boleh menerima kajian itu sebagai bukti sedangkan ia tidak melibatkan parti-parti pembangkang.Tindakan seperti itu,telah menyaksikan kajian dua badan tersebut tidak bebas dan hanya dilakukan kepada sebelah pihak.
Jika betul-betul mereka mahukan pastikan proses pilihan raya negara ini bebas dan adil mereka kena meminta pandangan pembangkang juga.
Abdullah seringkali membisu apabila mendapati kajian-kajian proses pilihan raya negara ini tidak telus dan adil.
Misalnya beliau berkata isu daftar pemilih pengundi yang meragukan, pengundi hantu dan termasuk juga mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Likas, Sabah pada tahun 1999 lalu tidak sah.
Bukan itu saja, media negara ini juga terbukti berat sebelah dan kerana itu katanya 'ranking' nya cukup memalukan. Setiap kali kempen pilihan raya diadakan Barisan Nasional akan pergunakan sepenuhnya jentera kerajaan sementara pembangkang pula 'ditekan' habis-habisan.
Perkembangan ini memperlihat Abdullah 'buta' terhadap istilah adil dan bebas yang sebenarnya mengenai proses pilihan raya negara ini.
"Sebab itu PAS (pembangkang) menolak kajian tersebut bahkan hakikatnya kajian itu bukannya bebas."
"Kajian itu tidak menggambarkan keadaan sebenar dan tidak sepatutnya pula perkara tersebut menghalang pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadikan pilihan raya akan datang bersih dan adil sebagaimana dituntut oleh Bersih".
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:14 AM 0 comments
Cerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan

Berita Harian Ahad(2 December 2007) menyiarkan satu cerpen oleh Dr fatimah Busu.Amat menarik cepen ini.Ia disampaikan dalam bahasa mudah dan simple bagi menyedarkan,menyelar dan ingin mengajak masyarakat agar bertindak untuk menghapuskan gejala-gejala ini.
Berikut cerpen penuh beliau.
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"
"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang ���"
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital ��� Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal ��� abah ���"
"Berapa orang ?"
"Empat ���"
"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja ��� yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu ��� dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu ��� sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.
"Hah! Padan muka si Saman tu ��� megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"
"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."
"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu ���. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."
"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"
"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.���"
"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.
"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik ��� saya runsing sangat!"
"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"
"Esok saya nak pergi jumpa bomoh ��� tentu bomoh tahu. ���"
"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik ���."
"Habis ?"
"Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah ���bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan ��� anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik ���."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat .���"
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport ��� katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar ��� bosnya baik ��� selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.
"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"
"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"
"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"
"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video ��� tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"
"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"
"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"
"Dia tu bekerja, bukan?"
"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.
"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."
"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."
"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"
"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.
"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"
"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"
"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"
"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."
"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"
"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"
"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"
"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"
"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."
"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"
"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"
"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"
"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.���"
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"
"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"
"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"
"Ah, ada yang parah nampaknya ��� satu lagi nampak okey .���"
"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"
"Bawa kawan saya keluar, dulu ��� saya okey. Saya boleh keluar sendiri."
"Mari kita angkat dia ramai-ramai ��� jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.���"
"Aaaarrrrgggg ��� aaarrrrgggg ���.."
"Masni ��� Mas ��� Mas��� mengucap ��� mengucap Mas .���"
"Aaarrrggg ��� aaarrrggg ���."
"Mengucap Mas ���ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah ��� Laaaa ilaaa haillallah .���"
"Laaaa ��� ilaaaa .���"
"Kata, Laaa ilaaa haillallah ���Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .���"
"Laaa ��� ilaaa ���."
"Massss ��� sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss��� sebut Laaa ilaaa haillallah.���"
"Dia sudah tidak ada lagi dek ���"
"Masss ���sebut Laaa ilaaa haillallah ���Masss ���sebut ���"
"Dia dah tak ada, dek��� dah tak ada lagi !"
"Ah, Mas ��� Mas ��� mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss ��� Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan ��� !"
"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"
"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ���" (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.
"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."
"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah ���."
"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."
"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.
"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "
"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"
"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"
"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati
"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kamu kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
BIODATA: Dr Fatimah Busu
PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi
Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:28 AM 0 comments
Thursday, December 6, 2007
Jadikan Anak Pintar dengan Izin Allah
JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu
dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak
enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak
kalau
yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ?
Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia
setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan
ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat
budak.
Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia,
dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak
yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan
belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini
akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau
sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan
anak
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je
tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan
yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih
dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan
masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang
menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya
sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya
sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan
merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila
saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even
dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar
cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde
siaran
ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too
perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap
benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja
rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia
ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh
tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak
menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 7:40 AM 0 comments
Tuesday, December 4, 2007
Perhimpunan Hindraf ditaja oleh Umno?

JASIN, 3 Dis (Hrkh) - Sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif (BA) yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini mengakibatkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno merasa begitu terdesak lalu talian hayat terakhir yang digunakan ialah memainkan isu perkauman melalui perhimpunan HINDRAF baru-baru ini. Menurut blogger Sang Kelembai, Abd Zarin Mohd Yassin, sebenarnya HINDRAF dibentuk oleh Umno dan MIC sendiri bagi mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pak Lah kepada isu perkauman.
"HINDRAF pada pendapat saya dibentuk oleh Umno sendiri, dibentuk oleh MIC sendiri, tiada sebab bodohnya seorang peguam India ini yang hendak memasukkan satu benda yang tak relevan dalam tuntutan dia iaitu supaya menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
"Ia untuk nak mencetuskan satu kegelisahan, mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu khasnya orang Umno yang buta politik sebab itu Umno mengalihkan isu HINDRAF yang memberikan satu tamparan hebat kepadanya menjadi isu perkauman," katanya yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras ketika berceramah di Markas PAS Parit Putat, di sini baru-baru ini. Tambah beliau,"Walhal tiada kena-mengena pun kerana di Malaysia ini bukan perkara baru, soal tuntutan ini orang Melayu saja yang bodoh yang tak pernah menuntut apa-apa".
"Sebab waktu Jepun menyerang Tanah Melayu ramai orang Cina dibunuh Jepun, selepas merdeka mereka berjuang untuk menuntut hutang darah dari Jepun dan Tunku selaku Perdana Menteri menyokong tuntutan hutang darah itu yang akhirnya dapat kapal.
"Dalam konsep HINDRAF ini kita kena lihat dari sudut pepatah Melayu 'ku tembak pelanduk, rusa yang kena tetapi bila ku lihat gajah yang mati' sebab dia nak tembak pelanduk, pelanduknya MIC tetapi rusa yang kena ialah British dan bila kita tengok dekat BNlah yang akan mati," kata beliau.
Beliau turut menjelaskan, pemimpin Umno akan gunakan semua anggota partinya seperti kerbau waktu membajak tetapi apabila sawah menjadi padi dan padi menjadi beras kerbau itu akan disembelih untuk dimakan bersama beras.
"Ini memang budaya dalam Umno dah tradisi zaman berzaman kerana saya masuk Umno masa muda, saya cuba buat perubahan di peringkat yang terendah dan di atas lagi tak boleh sebab budaya dalam Umno budaya materialistik. "Umno tak tahu pahala dan dosa dia telan semacam, PAS pada pendapat saya secara peribadi dia akan jadi satu parti yang mahu tak mahu terpaksa orang Melayu terima nanti tetapi memakan masa yang panjang, perjuangan yang panjang," katanya dengan optimis. Beliau berkata, pemimpin Umno berdosa dengan orang Melayu umpamanya pengkhianatan, rasuah, penyelewengan, ketidak-ikhlasan, menipu hidup-hidup dan menjual Melayu macam hamba-abdi, semua pemimpin Umno bercakap soal Melayu tetapi tiada satu pemimpin Umno pun yang tak boleh hidup tanpa adanya orang bukan Melayu di sekelilingnya.
"Soalnya bukan persoalan Melayu atau bukan Melayu, kita dah merdeka 50 tahun tetapi tanah orang Melayu makin lama makin hapus, makin lama makin tak ada, tanah kerajaan bertukar tangan kepada bukan Melayu jadi kita nak salahkan ke bukan Melayu ini? Ini sentimen perkauman yang dimainkan oleh Umno untuk menipu orang kampung," katanya. Seterusnya, beliau melihat bahawa kebangkitan 100,000 baru-baru ini bukan tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi satu kebangkitan baru golongan muda bawah 40 tahun iaitu generasi perubahan sudah berlaku dan yang ada sekarang generasi Melayu baru serta mereka itu akan berjaya. "Sebab lebih baik kita berjuang sekarang walaupun nikmat kejayaan itu kita tidak dapat daripada kita tak buat apa-apa dan bangsa kita akan hancur di satu masa nanti jika Melayu tidak berubah paradigma politiknya," ujar beliau
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:33 PM 0 comments