JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu
dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak
enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak
kalau
yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ?
Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia
setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan
ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat
budak.
Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia,
dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak
yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan
belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini
akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau
sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan
anak
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je
tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan
yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih
dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan
masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang
menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya
sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya
sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan
merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila
saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even
dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar
cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde
siaran
ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too
perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap
benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja
rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia
ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh
tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak
menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Thursday, December 6, 2007
Jadikan Anak Pintar dengan Izin Allah
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 7:40 AM 0 comments
Tuesday, December 4, 2007
Perhimpunan Hindraf ditaja oleh Umno?

JASIN, 3 Dis (Hrkh) - Sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif (BA) yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini mengakibatkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno merasa begitu terdesak lalu talian hayat terakhir yang digunakan ialah memainkan isu perkauman melalui perhimpunan HINDRAF baru-baru ini. Menurut blogger Sang Kelembai, Abd Zarin Mohd Yassin, sebenarnya HINDRAF dibentuk oleh Umno dan MIC sendiri bagi mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pak Lah kepada isu perkauman.
"HINDRAF pada pendapat saya dibentuk oleh Umno sendiri, dibentuk oleh MIC sendiri, tiada sebab bodohnya seorang peguam India ini yang hendak memasukkan satu benda yang tak relevan dalam tuntutan dia iaitu supaya menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
"Ia untuk nak mencetuskan satu kegelisahan, mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu khasnya orang Umno yang buta politik sebab itu Umno mengalihkan isu HINDRAF yang memberikan satu tamparan hebat kepadanya menjadi isu perkauman," katanya yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras ketika berceramah di Markas PAS Parit Putat, di sini baru-baru ini. Tambah beliau,"Walhal tiada kena-mengena pun kerana di Malaysia ini bukan perkara baru, soal tuntutan ini orang Melayu saja yang bodoh yang tak pernah menuntut apa-apa".
"Sebab waktu Jepun menyerang Tanah Melayu ramai orang Cina dibunuh Jepun, selepas merdeka mereka berjuang untuk menuntut hutang darah dari Jepun dan Tunku selaku Perdana Menteri menyokong tuntutan hutang darah itu yang akhirnya dapat kapal.
"Dalam konsep HINDRAF ini kita kena lihat dari sudut pepatah Melayu 'ku tembak pelanduk, rusa yang kena tetapi bila ku lihat gajah yang mati' sebab dia nak tembak pelanduk, pelanduknya MIC tetapi rusa yang kena ialah British dan bila kita tengok dekat BNlah yang akan mati," kata beliau.
Beliau turut menjelaskan, pemimpin Umno akan gunakan semua anggota partinya seperti kerbau waktu membajak tetapi apabila sawah menjadi padi dan padi menjadi beras kerbau itu akan disembelih untuk dimakan bersama beras.
"Ini memang budaya dalam Umno dah tradisi zaman berzaman kerana saya masuk Umno masa muda, saya cuba buat perubahan di peringkat yang terendah dan di atas lagi tak boleh sebab budaya dalam Umno budaya materialistik. "Umno tak tahu pahala dan dosa dia telan semacam, PAS pada pendapat saya secara peribadi dia akan jadi satu parti yang mahu tak mahu terpaksa orang Melayu terima nanti tetapi memakan masa yang panjang, perjuangan yang panjang," katanya dengan optimis. Beliau berkata, pemimpin Umno berdosa dengan orang Melayu umpamanya pengkhianatan, rasuah, penyelewengan, ketidak-ikhlasan, menipu hidup-hidup dan menjual Melayu macam hamba-abdi, semua pemimpin Umno bercakap soal Melayu tetapi tiada satu pemimpin Umno pun yang tak boleh hidup tanpa adanya orang bukan Melayu di sekelilingnya.
"Soalnya bukan persoalan Melayu atau bukan Melayu, kita dah merdeka 50 tahun tetapi tanah orang Melayu makin lama makin hapus, makin lama makin tak ada, tanah kerajaan bertukar tangan kepada bukan Melayu jadi kita nak salahkan ke bukan Melayu ini? Ini sentimen perkauman yang dimainkan oleh Umno untuk menipu orang kampung," katanya. Seterusnya, beliau melihat bahawa kebangkitan 100,000 baru-baru ini bukan tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi satu kebangkitan baru golongan muda bawah 40 tahun iaitu generasi perubahan sudah berlaku dan yang ada sekarang generasi Melayu baru serta mereka itu akan berjaya. "Sebab lebih baik kita berjuang sekarang walaupun nikmat kejayaan itu kita tidak dapat daripada kita tak buat apa-apa dan bangsa kita akan hancur di satu masa nanti jika Melayu tidak berubah paradigma politiknya," ujar beliau
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:33 PM 0 comments
Tuesday, November 27, 2007
Wahai kekasihku, kenalilah jenis tudungmu...
Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.
Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.
Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.
Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com):-
1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.
"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com
Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 3:04 PM 0 comments
Friday, November 23, 2007
Apabila ulama Dicabar
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yangbenar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
"Subhanallah. ... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya.Tiba- tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.
Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya! " Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...! " Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ) . Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk rohdan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!" Suasana menjadi agak bingar.
Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamusendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, adalagikah jari yang selepasnya.. ." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. "
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:22 AM 0 comments
Pantai Pasir Layar Pasir Gudang,Johor.
22 November 2007(Khamis). Selepas solat Zohor dan makan tengahari...tiba-tiba Aqilah..anakku yang bongsu bersuara.."Semalam..abah kata nak pergi pantai!!!" Wah teringat pulak anak ini dengan janjiku semalam.
Yalah..budak-budak...apa yang di janji pasti diingatinya..So..ku katakan pada semua(along,angah,kakak dan adik)..okey..semua pergi tidur dahulu..asar nanti abah kejutkan dan selepas solat asar kita ke pantai pasir layar(pasir Gudang).
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:03 AM 0 comments
Tuesday, November 20, 2007
Niat ikhlas patut diikuti rasa tanggungjawab
Niat ikhlas patut diikuti rasa tanggungjawab
SETIAP amalan dilakukan mesti dimulai dengan niat atau keyakinan
diri melakukan sesuatu itu memenuhi perintah Allah kerana perbuatan
bergantung kepada niat ketika mula serta ketika melakukannya
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya setiap amalan itu
bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu
berdasarkan kepada niatnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama menjelaskan, niat di dalam hati adalah roh bagi segala amalan
yang ingin dilakukan manusia. Tidak mungkin badan dapat bergerak
tanpa roh, begitu juga tidak wujud keikhlasan tanpa niat ikhlas.
Tanpa niat, bermakna perbuatan itu berlaku secara spontan. Apa yang
dilakukan tidak dikira satu kebaikan walaupun ia satu kebaikan
kerana dalam konsep undang-undang, tidak mensabitkan kesalahan jika
dilakukan tanpa niat.
Dalam kaedah fiqh, amalan tanpa niat adalah batal atau tidak sah.
Oleh itu, semua ibadat meletakkan niat sebagai rukun.
Ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji, niat
mestilah dilakukan pada permulaan ibadat dan diteruskan sehingga
selesai. Jika terlupa niat, ibadat itu tidak sah dan perlu diulang
dengan niat yang betul.
Tetapi, dalam melakukan kebaikan lain, niat boleh dilakukan pada
bila-bila masa, yakni selepas menyedari apa dilakukan itu pada
mulanya sekadar satu tindakan spontan.
Soal balasan kebaikan hanya Allah SWT yang menilainya, Allah SWT
mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati kita sama ada ikhlas
atau sebaliknya.
Hendaklah diniatkan apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana
Allah SWT sebagai tanda beribadat dan mengabdikan diri kepada-Nya
serta berharap dapat menempatkan diri sebagai hamba bertakwa.
Firman Allah SWT bermaksud: "Tidak akan ciptakan jin dan manusia,
melainkan hanya untuk beribadat kepada-Ku." (Surah adz-Dzariyat,
ayat 56)
Niat dalam hati mestilah sama dengan apa yang ingin dilakukan,
jangan niat lain tetapi lain pula dilakukan.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dan
Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir
kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Qaaf, ayat 16)
Niat dikira jika dilakukan dengan kerelaan diri sendiri dan sesiapa
melakukan sesuatu perkara dengan sebab terpaksa tidak dianggap
melakukan apa yang diniatkan. Tidak ada balasan kebaikan atas apa
yang dilakukan secara terpaksa.
Orang yang melakukan kebaikan kerana terpaksa tidak memperoleh
balasan kebaikan sebaliknya, dia hanya mendapat `balasan' daripada
orang yang menyebabkan dia terpaksa melakukan amalan itu.
Kerja yang dilakukan dengan terpaksa bukan saja tidak mendapat
balasan kebaikan, bahkan sukar untuk menghasilkan kejayaan kerana
dilakukan tidak bersungguh-sungguh.
Oleh itu, penting melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas dan
jauhkan diri daripada terjebak melakukannya disebabkan rasa sombong,
riak dan hendak berbangga. Betapa ruginya mereka yang melakukan
kebaikan tetapi tersimpan di dalam hatinya perasaan buruk.
Sesiapa menyimpan perasaan riak kerana melakukan sesuatu, bermakna
dia berasakan apa yang dilakukan itu adalah kebolehannya semata-mata
dan lupa bahawa kemampuan itu kurniaan Allah SWT.
Pernah Rasulullah SAW menganggap perbuatan riak sebagai sebahagian
daripada syirik yang tersembunyi kepada Allah SWT berdasarkan
sesiapa yang riak, secara automatik dia akan lupa kepada Tuhannya.
Serentak itu, selepas perasaan riak menguasai diri, dia pasti berani
menentang hukum Allah SWT.
Inilah yang berlaku terhadap Qarun yang sebenarnya pengikut setia
Nabi Musa dan antara orang yang paling beriman.
Namun, selepas dia mendapat kekayaan dan timbul perasaan riak,
sombong dan lupa diri, Qarun mula ingkar perintah Allah, berasakan
kekayaan yang diperoleh adalah hasil kebolehan serta kepandaian
dirinya sendiri.
Justeru, hindarkan diri menyimpan niat melakukan sesuatu dengan
perasaan riak kerana kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan,
melainkan apa yang dipinjamkan sebentar oleh Allah SWT.
Selain itu, apa yang diniatkan hendaklah untuk tujuan kebaikan.
Islam menegah sebarang perbuatan mendatangkan keburukan kerana
perbuatan itu walaupun diniatkan baik tetap tidak akan diterima
sebagai baik.
Ia berlainan jika melakukan perbuatan buruk disebabkan terpaksa atau
darurat, hendaklah apa yang dilakukan itu diniat untuk kebaikan.
Perbuatan yang diniatkan untuk tujuan kebaikan, lakukan dengan
bersungguh-sungguh seola-olah tugasan seperti itu adalah peluang
terakhir dapat melakukannya.
Niat ikhlas bukan boleh dipaksa-paksa kerana keikhlasan turut
diikuti rasa bertanggungjawab atas setiap apa yang dilakukan.
Orang yang niat ikhlas melakukan kebaikan menetapkan setiap gerak
geri dan tutur kata sebagai satu sedekah supaya perbuatan itu tidak
sia-sia serta diterima seperti ibadat dilakukan nabi.
Setiap usaha dilakukan atas dasar ikhlas menimbulkan kekuatan rohani
dan jasmani, sementara semangat juang yang kental membawa kepada
kejayaan dalam semua usaha.
INTI PATI
Kepentingan niat dalam amalan
1 - Niat di dalam hati adalah roh bagi segala amalan yang ingin
dilakukan manusia.
2 - Dalam kaedah fiqh, amalan tanpa niat adalah batal atau
tidak sah.
3 - Hendaklah diniatkan apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana
Allah SWT.
4 - Orang yang ikhlas melakukan kebaikan menetapkan setiap gerak
geri sebagai sedekah.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 7:52 PM 0 comments