Saturday, August 25, 2007

SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari

kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung
dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan
tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh
syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.


Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang
hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya


Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang
hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan
masing-masing) .

Akhir kata........

"Walaupun tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi
pujaan hatiku "

Readmore »»

Tuesday, August 21, 2007

Mintak2 Dijauhkan!!!

Akibat Menduakan Suami
Darah Memancut Dari Rahim.

DALAM sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya." Memang janji Allah, setiap yang berbuat dosa, balasannya diterima diakhirat kelak. Namun ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhadap suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya menjadi iktibar kepada orang lain.

Perkara ini diakui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang dikatakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar pengetahuan suaminya.

Bidan yang tidak mahu namanya disebut telah berpengalaman berpuluh tahun mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan anaknya memang agak aneh dan luar biasa.

"Makcik telah mengalami berbagai peristiwa ketika menyambut kelahiran, Ada wanita yang mudah melahirkan anak. Ada pula yang mengalami masalah susah beranak kerana bayinya berkedudukan songsang atau sebagainya.

Tetapi Alhamdulillah, sejauh pengalaman makcik, mereka yang sukar melahirkan setelah diberi air jampi dan melakukan beberapa petua tertentu, wanita berkenaan akan mudah melahirkan anaknya," kata bidan tersebut.

Wanita yang disebut sebagai Salmah oleh bidan berusia 30-an itu memang tidak dapat dilupakannya.

"Dia mengalami kesakitan yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kelahiran bayinya. Hampir sejam dia bergolek-golek dan meronta-ronta menahan kesakitannya sambil meraung-raung dan merintih-rintih menyebut nama suaminya.

Berbagai usaha dilakukan oleh bidan untuk membantu Salmah seperti memberi air jampi berendamkan daun sirih. Kesan-kesan untuk melahirkan sudah ada, air ketuban telah lama meleleh, namun bayinya tetap tersendat walaupun entah berapa kali Salmah mencuba menerannya.

Apa yang menyayat hati, setiap kali Salmah berusaha meneran bayinya seluruh anggota tubuhnya menggigil, dan matanya terbelalak bagaikan menyaksikan sesuatu pemandangan yang mengerikan.

Kira-kira 10 minit selepas meminum air jampi bidan, berlakulah peristiwa aneh, ngeri dan luar biasa itu. Dari saluran rahimnya meleleh tumpahan darah yang dalam beberapa saat kemudian darah itu memancut menyembur mengenai bidan itu yang sedang memeriksanya dan percikan darah itu memercik ke dinding klinik bersalin yang tidak luas itu.

"Kejadian itu memang luar biasa. Pengalaman makciklah, wanita yang mengalami tumpah darah macam mana pun tidaklah sampai darahnya memancut sebegitu rupa. Selepas kejadian itu, makcik berfirasat ada sesuatu yang tidak kena pada wanita ini.

"Makcik mengesyaki mungkin ada dosa-dosa tertentu pernah dilakukan oleh si isteri ini terhadap suaminya. Menurut hemat makcik, selagi wanita ini tidak mengakui dosanya dan mendapatkan keampunan suaminya, selagi itulah dia tidak dapat melahirkan anaknya," kenang semula bidan itu menceritakan kepada penulis.

Seketika kemudian, bidan pun memanggil suami Salmah yang disebutnya sebagai Ustaz Azhar itu termasuk ke bilik bersalin menemui isterinya. Azhar kelihatan terharu menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Salmah dan bercadang membawa Salmah untuk ke Hospital bersalin di bandar yang jauhnya kira-kira 20 km dari kampung itu.

Tetapi itu adalah masa amat kritikal hagi Salmah. Jelas pada pengamatan Azhar dan mereka yang berada di situ, Salmah kini sedang berjuang antara hidup dan mati.

Bidan pun membisikkan sesuatu ke telinga Salmah. Dan Salmah dalam keadaan tidak berupaya itu merangkul kedua tangan Azhar dan dengan suara yang terputus-putus mengakui perbuatan terkutuknya selama ini berzina beberapa kali dengan bekas kekasihnya. Hasil perzinaan itulah kehadiran bayi yang dikandungnya sekarang.

Mendengar pengakuan isterinya, terasa gelap dunia ini dirasai oleh Azhar. Jika tidak kerana ada rasa simpatinya terhadap wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya lebih 10 tahun itu yang kini sedang terbaring penuh azab, mahu sahaja Azhar lari meninggalkan tempat itu.

Namun Tuhan mahu menunjukkan kebesaranNya melembutkan hati seorang suami. Sementara Salmah yang sedang azab itu kini pasrah dengan takdir Tuhan menghukumnya dan memohon keampunan daripada suaminya.

Memang benarlah sebagaimana yang difirasatkan oleh bidan, selepas Azhar memaaf dan mengampunkan segala dosa-dosa Salmah, Salmah pun melahirkan anaknya dengan mudah dan segera disambut oleh bidan.

Beberapa minit selepas melahirkan anaknya itu, Salmah pun menghembuskan nafas terakhirnya sementara Azhar tetap berada disampingnya dan sempat mengajarnya mengucapkan kalimah tauhid, "Laa Illaaha illallah" dan dengan mudah diikuti oleh gerak bibir Salmah ketika menghadapi nazaknya.

Menurut cerita bidan itu kepada penulis, kejadian itu berlaku kira-kira lima belas tahun lalu. Anak lelaki yang dilahirkan oleh Salmah itu kini sudah berada di tingkatan tiga dan dipelihara oleh Azhar sebagai anaknya sendiri.

Azhar selepas peristiwa tersebut beberapa tahun kemudian telah berkahwin lain dan dikurniakan dua orang anak.

Menurut Bidan, apa yang mendorong Salmah berlaku curang terhadap suaminya kerana menuduh suaminya mandul. Sementara bekas kekasihnya (difahamkan kini masih lagi hidup) mengambil kesempatan dari keadaan rumahtangga Salmah yang tidak bahagia itu kerana tidak dikurniakan anak.

"Makcik mendoakan semoga Tuhan mengampunkan dosa Salmah dan azabnya menghadapi kematian itu sebagai kifarat kepada dosanya itu. Harap kisah ini ada iktibar dan manfaatnya kepada semua," ujar bidan tersebut mengakhiri perbualannya dengan penulis.

Readmore »»

Bakal Doktor Haiwan???

Satu e-mail ku terima pada hari ini-22/08/07..bertajuk "Bakal doktor haiwan???"
Apakah benar cerita dan gambar yang kuterima ini???

Jika ada antara anda mengenali,mengetahui hal ini....sejauh mana benar dan betulnya...tolong e-mail pada saya ya....Allahuakhbar??? Jika benarlah gambar di bawah ini....Bala Allah akan dirasai....cuma..cepat atau lambat sahaja....

Readmore »»

Friday, August 17, 2007

Hanya Cuma Satu Klik Sahaja...bertambah pahala ataupun dosa???

18/08/2007 - Satu email yang kuterima pagi ini...satu ingatan yang mesti kita sedar!!!!!!

Di zaman ICT dan Globalisasi ini
kemudahan komputer dan email hampir ada
pada setiap orang yang bekerja di sektor
swasta juga kerajaan termasuk kepada
pelajar-pelajar di kolej dan universiti.
Kemudahan internet yang disediakan
dengan kadar yang semakin munasabah
menyebabkan kemudahan email ini menjadi
semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu
KLIK sahaja akan menyebabkan
mencurah-curah dosa yang di terima
secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah
berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mafhumnya::
Ibnu Masud r.a. berkata: Bersabda Nabi
s.a.w. : Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera
Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu,
kerana ia yang pertama membuka jalan
untuk penumpahan darah.(Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini
adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap
Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil
yang berkahwin dengan kembarnya yang
lebih cantik.

Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengajak
ke jalan hidayat, maka baginya dari
pahala seperti pahala (sebanyak pahala)
pengikutnya, dengan tidak mengurangi
sedikit pun dari pahala mereka. Dan
sesiapa yang mengajak ke jalan sesat,
maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa
pengikutnya, dengan tidak mengurangi
dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud
hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan
konteks kehidupan kita pada zaman ICT
ini, mari kita ambil iktibar dari kisah
berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah
universiti kemudian di terima bekerja di
sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja
dibekalkan dengan komputer, alamat email
dan internet akses bagi memudahkan
urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka
berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari
laman web lucah. Kegemarannya ialah
memuat turun (download) gambar-gambar
lucah itu kemudian berkongsi dengan
kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai email group dan ada 50
alamat email kawan-kawannya di dalam
emailgroup tersebut. Sekali menghantar
email, dia akan menghantar kepada
emailgroup tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka
menghantar semula email yang diterima
daripada rakan yang lain ke
emailgroup. Di antara kandungan email
itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan
seseorang seperti video klip bercium di
dalam lif, kisah seluar dalam yang
dijumpai di dalam periuk di restoran
mamak dan seumpamanya lagi yang
kebanyakannya adalah perkara-perkara
yang nafsu kita seronok membacanya dan
melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas
haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari
tempat kerja Zack terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan kembali
kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama
bahawa hukum melihat gambar-gambar
lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib
dan seumpamanya adalah haram serta
berdosa kepada mereka yang melakukannya
dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack
telah mendapat satu dosa kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada
kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima
oleh 50 orang kawan-kawannya melalui
email. Kesemua kawan-kawannya seronok
dengan gambar tersebut dan meredai
perbuatan Zack maka setiap kawannya
mendapat satu dosa manakala dosa setiap
kawannya itu juga diberikan kepada Zack
jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula
menghantar gambar tersebut kepada 10
orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan
bertambah lagi menjadi 1+50+500=551
dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu
menghantar lagi kepada 10 orang yang
lain, bertambahlah dosa Zack menjadi
1+50+500+5000= 5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya
masih lagi tersebar, maka akan
berterusanlah dia mendapat dosa selagi
email itu berlegar di ruang cyber hingga
hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil
daripada apa yang berlaku kepada Qabil,
setiap jiwa yang mati dibunuh kerana
hasad dengki manusia, maka dosa membunuh
itu akan juga sampai kepada Qabil hingga
hari kiamat. Bayangkanlah berapa
ramaikah jiwa yang telah kena bunuh
dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam
hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang
terpaksa ditanggung oleh Qabil di
akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan
sebelum meninggal dunia, Zack telah
sempat bertaubat, insyaAllah dosa
manusia terus dengan Allah, seperti
meninggalkan puasa, zakat dan solat
fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa
kita sesama manusia hanya Allah akan
ampunkan bila insan tersebut
mengampunkan kita. Zack telah
menyebarkan perkara yang menyebabkan
orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak
mintak ampun dengan semua yang menerima
email tersebut? Selagi mereka semua
tidak mengampunkan Zack maka selagi
itulah dia akan terima dosa hingga
kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada
zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja
saham dosa akan mencurah-curah sampai
kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita
menerima email, hendaklah berhati-hati,
jika kandungan email itu adalah gambar
lucah atau yang mengaibkan seseorang
muslim lain atau sesuatu fitnah
hendaklah segera dibuang dan jangan ada
sedetik pun didalam hati untuk seronok
dengan benda yang haram bagi mengelakkan
kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu
haram, nasihatkanlah pengirim supaya
bertaubat dan berhati-hati di masa-masa
akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan
perkara-perkara yang baik dan diredai
oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran
pahala yang di terima pasti
mencurah-curah selagi ia masih terus di
sebarkan.

Wallahhualam

Readmore »»

Antara mazmumah utama

asSaLamu AlaiKum Wa rAHmatULLaHi wa BaaraKaatUh...
> >Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di >hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan >paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana >dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia >akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana >dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan.Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya…

Readmore »»

Kasih mu ibu...........

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
'love your God and your parents before u love somebody'-hyceid^tamk-
Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda.

Readmore »»

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj