Dan..ini satu lagi e-mail yng kuterima hari ini...aku posting kat sini moga menjadi manfaat kepada sesiapa yang sesuai.
Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan, termasuk memerangi nafsu.
Amalan pada Syaaban adalah:
Berpuasa.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Aishah katanya: "...Aku tidak melihat Rasulullah berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan pada Ramadan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan pada Syaaban."
Perbanyakkan amalan takwa.
Menahan dan menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Barang siapa mengagungkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah serta melakukan ketaatan kepada-Nya dan menahan diri daripada berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosanya dan memberi keamanan kepadanya daripada kemalangan mahupun penyakit yang berlaku pada tahun itu seluruhnya."
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada Syaaban, hatinya tidak akan mati manakala hati-hati orang lain mati."
Memperbanyak solat sunat seperti hajat, tahajud, taubat dan sunat tasbih.
Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak yatim.
Melakukan amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu bapa.
Memohon restu Allah bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Memohon restu Allah semoga terhindar daripada segala bencana, malapetaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, Muslim, bangsa dan negara.
Berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah pada setiap bidang amal kebajikan yang dilaksanakan.
Justeru, marilah kita menggunakan kesempatan Syaaban untukmemperbanyakkan selawat terhadap Rasulullah dan mendoakan kesejahteraan Baginda dan ahli keluarga Baginda.
Semoga kita diberi kemudahan dengan syafaat Baginda ketika amalan dihisab oleh Allah pada akhirat nanti.
Monday, August 13, 2007
Kelebihan dan Manfaat
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:12 AM 0 comments
Anak dan Ibu Yang Soleh
13 August..Ana ada terima e-mail dari seorang kawan ...memang bagus untuk menjadi iktibar dan muhasabah diri...
Assalamualaikum semua..
> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri
ceramah beliau
mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.
>
> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam
diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam di negara ini, malah di
tempat lain juga.
>
> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada
hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda
rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu,
kalau dikatakan
pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
>
> Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian
menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah
terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
>
> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.
>
> Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau > (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh
belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh
Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik
beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung
bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna.
Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang
anak-anak
terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
jenazah ibu mereka itu.
>
> Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak
hasil didikan
tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
>
> Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah
ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan
bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin
menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai
tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang
terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat
kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita
hadiahkan kepada ibubapa kita.
>
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut
untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang
jenazah kita yang telah kaku?
>
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan
juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan
didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas
tadi.
>
> Wallahu'alam.
>
> Sebenarnya ada seperkara lagi,
>
> Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada
hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak
masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka
meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang
memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah
selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka.
Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan
sahabat-sahabatnya.
>
> Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita
juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yg
ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka
dalam doa selepas
sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.
>
> Petikan ini di terima dari seorang sahabat ... renungkanlah agar kita
mengambil iktibar dari apa yang
diceritakannya.
>
> Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku
membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku
dan berkorban apa saja
demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang
hebat itu telah kami semadikan untuk
selama-lamanya. Dapatkah anda
bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa
serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.
> Sajaknya berbunyi begini.
>
> INILAH MASANYA
>
> JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
> CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU
> KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
> YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
> CINTAILAH IBU SEKARANG
> SEMASA IBU MASIH HIDUP
> USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
> KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
> DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
>
> JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
> TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
> JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
> SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
> KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN
>
> OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
> WALAUPUN HANYA SECEBIS
> DARIPADA LAUTAN
HIDUPMU
> LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
> SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
> AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
>
> Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab
aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah
aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering
menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan,
tetapi
aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya
aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan
pekerjaanku.
>
> Sekarang baru aku terpikir............ pernahkah rakan-rakanku
melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku
sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku
benar-benar
berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap
ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta
banyak
manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu
begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.
>
> Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak
seperti ku. Aku berharap kepada
rakan-rakanku........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat
daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan
penyesalan.
>
> Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.... pernah kita bertindak
sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????
andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita,
ubahlah sebelum terlambat
>
Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...
>
> wassalam
>
Sabda Rasulullah saw:
Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala
akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua
pula"
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:01 AM 0 comments
Wednesday, August 1, 2007
Surah Al-Ikhlas ( QulhuwaALLAHu Ahad) jangan terlepas untuk mengamalkannya
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Readmore »»Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:08 AM 0 comments
pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan..
cerita seorang Nabi Allah yang diceritakan didalam artikle ni ialah Nabi Yusuf a.s. di zaman Raja Royyaan, mengenai dirinya dengan dua orang si tukang masak dan si tukang beri minuman yang cuba meracun raja...
dikatakan kedua orang ini telah dipenjarakan kerana cuba meracuni Raja tetapi tak kesampaian dan Raja telah memenjarakan kedua2nya sekali... dan semasa dipenjara itulah mereka bertemu Nabi Yusuf a.s. yang meramal mimpi mereka.... lalu mereka menyampaikannya kepada sang raja... lalu seorang disalib dan seorang lagi dipenjarakan lagi 3 hari.... kemudian ketika si tukang beri minuman dikeluarkan lalu berkatalah Nabi Yusof as kepadanya "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu!".... dengan berkata demikian maka gunung2 bergoncang, maka turunlah Jibrail as dan menyampaikan pesan Allah kepadanya.... berkata Jibrail lagi... "baru saja tiga hari berada dalam penjara sudah tidak sabar, sehingga perlu meminta pertolongan kepada Raja Royyaan!"
Maka bersujudlah Nabi Yusuf as kepada Allah, dan menangis sampai empat puluh hari dan meminta ampun kepadaNYA.Maka turunlah Jibrail as menjumpai Nabi Yusuf dan berkata "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengatakan: Aku telah memaafkanmu, akan tetapi Aku beri engkau hukuman berupa tinggal di dalam penjara selama tujuh tahun lagi!"
Dengan satu kesalahan Yusuf as dihukum tujuh tahun penjara (bukan 60 tahun lagi)....
betapa pula orang yang berbuat dosa selama tujuh puluh tahun, berapa lama ia akan tinggal di dalam Neraka?
Beramal selama 40 hari itu betul... selepas 40 hari akan datang kebaikan dan jalan penyelesaian....
jika tiada apa2 buat lagi 40 hari... mungkin dosa dan kesalahan kita itu berat untuk diampunkan....
lakukan posa sunat disiang hari dan solat sunat Taubat, Tahajud dan Hajat dsb...
jika tidak didunia balasan itu pasti akan dikembalikan di akhirat.... insyallah...
Iktibar dari cerita ini ialah.... kita perlu minta pertolongan dan meminta ampun kepada Allah dan bukan kepada manusia apa lagi jin dan syaitan (dari bomoh ilmu hitam) asap kemenyan adalah makanan jin dan penyembelihan ayam adalah makanan syaitan....
semoga kita diberkahi selalu.... insyallah
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:04 AM 0 comments
KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 9:59 AM 0 comments
Anak Pengsan Ketika Menguruskan Jenazah Bapa
Assalamualaikum.
E-mail yang kuterima pada hari ini..02/08/07
Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya. Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan. Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat. Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?" Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu. Saya pun pergi ke rumahnya.
Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu. Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui. Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham. Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar. Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan. Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya. Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi. Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi. Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi. Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air. Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang... Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih. Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh. PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya. KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita. KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati. Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 9:39 AM 0 comments
Anjing-Anjing Neraka
Assalamualaikum.
E-mail yang kuterima pada hari ini..02/08/07
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an · tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 9:25 AM 0 comments