Nasihat khas untuk perempuan2 zaman sekarang...>
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,>
Ingatlah ada dua pilihan terbentang> >
Yang Pertama..>
Kamu jadi seperti kelapa..>
Mudah diperoleh..>
Diparut..> Diperah..>
Dan diambil santannya..>
Lepas tu hampasnya dibuang...> >
Yang Kedua..>
Kamu menjadi sebutir mutiara..>
Berada di dasar lautan..>
Tersimpan rapi..>
Dilindungi kulit..>
Bukan senang nak melihat..>
Apa lagi mendapatkannya. .>
hanya orang yang bertuah..>
Beruasaha menyelami dasar lautan..>
Dapat memperolehnya. .>
Harganya mahal sekali..>
Dan ia akan tersimpan selamanya..> >
Jadi..>
Kamu pilihlah samada>
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..> >
Di sebalik santan..>
menjadi penyedap makanan..>
diperah segala kenikmatan..>
dengan mudah jatuh menjadi titisan..>
akhirnya habis kari dimakan..>
pulut panggang sisa habis ditelan..>
dan santan hilang tak jadi ingatan..>
yang terasa lazat hanya kari dan pulut-panggang..>
orang tak kenang jasa santan..> >
Mutiara..>
Tertanam di dasar yang paling dalam..>
sukar andai mengharap jadi perhatian>
kerana>
dilapisi kulit yang keras>
menghadang..>
namun kiranya ditemui insan..>
akan menjadi permata hiasan..>
terletak tinggi di cincin idaman..>
atau di leher nan jinjang..>
atau di lengan menawan..>
makin lama mutiara tertanam..>
makin tinggi nilaian..> >
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..> >
Menjadi santan..>
mudah jadi perhatian..>
tapi hanya sebentar jadi santapan..>
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..> >
Menjadi mutiara..>
sukar ditemukan.. >
namun bila dihias indah gadis perawan.. >
hilang ia..>
tangisan mengiringi berzaman..> >
wallahua'lam. .
Friday, July 20, 2007
NASIHAT UTK PEREMPUAN....
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:37 PM 0 comments
Monday, July 2, 2007
WAHAI MANUSIA! SIAPAKAHKAMU?
Oleh Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna
Firman Allah SWT:
"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakankamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yangtelah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan(susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki.Dialah yang menyusun tubuhmu.”- Surah al-Infithar: ayat 6-8.
(Terhadap pertanyaan, “Wahai manusia! Siapakahkamu?”:)
1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:
Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satu tiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya.Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamu daripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu.Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmatdari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan.Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati.Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkan kepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom.Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).
Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbani ini?
Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali.Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan,dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.
Firman Allah SWT:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.
Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupanyang satu lagi.
Firman Allah SWT:
“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”- Surah al-Ankabut: ayat 64.
Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satu pakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamu menemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yang berkata:
Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,Pakaian adalah masa,Kini ku merindui pulang,Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana(akhirat).
2. Sebaliknya, orang-orang Meterialis dan suka membantah akan mengatakan:
Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah,berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka.
Firman Allah SWT:
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”-
Surah al-Jaathiyah: ayat24.
Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata,“Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan,fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.
Wahai saudara, perhatikanlah:
Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya,jika kamu perhatikan betul-betul. Jika kamu renungkan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.
Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:
Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman,kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnya kamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasa takutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenaliRabnya. Jangan kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah ataujalan hidayah. Firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkankepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatanjahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang kerasdisebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombongterhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakankepada-Nya, “Jadilah kamu kera yang hina”.”- Surah al-’Araf: ayat 165-166.
Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baikjalan dan petunjuk yang lurus.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:24 PM 0 comments
Sunday, July 1, 2007
Mengapakah teruna memilih gadis jelita
"Mengapakah teruna memilih gadis jelita?
Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ¡sudah tiada gadis atau sudah tiada dara. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil bergetah jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang boleh tahan dan ada gadis yang tak boleh tahan. Gadis yang boleh tahan biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang tak boleh tahan pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis tak boleh tahan ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun mata yang belum berisi pengalaman itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).Lakukan Risikan Secara RahsiaKecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-GoetheWalaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.Cari Yang Duduk Bersama lbubapaSebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan CinaCari Yang Pandai Mengurus RumahtanggaPada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.Cari Yang Hormat Kepada Orang TuaSelidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan JermanCari Yang Pandai Menjaga KehormatanHal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.Cari Yang Tidak Bebas Dengan LelakiPada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan HindustanCari Yang Didikan Agamanya CukupBeredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan ServiaCari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan AgamaAda empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!Bertunang Jangan LamaBlia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan ItaliKahwini Dia Ketika Usianya Masih MudaHal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan JermanElakkan Dari Terlalu CemburuMemang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.Layan Dia Dengan BaikWalau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan TamilBertanggungjawabWalau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis. aku cinta Malaysia, tapi lebih cintakan ALLAH... ... ... ..oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH...
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:58 PM 0 comments
Friday, June 29, 2007
Istighfar pengubat dosa
Syeikh al-Maghari berkata: Kemudian Allah menambahkan lagi rakaman ancaman dan balasan kepada mereka yang ingkar. Ini kerana segala hujah dan bukti atas kebenaran Nabi Muhammad s.a.w telah jelas. Ibnu Kathir pula menyebut: Bahawa Allah s.w.t. memberi amaran dan ancaman terhadap orang kafir dengan Muhammad s.a.w.
Benarlah firman Allah s.w.t., (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya) , padahal telah pun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (Al-Baqarah: 210)
Firman Allah, (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya) . Terdapat dua tafsiran ulama berkenaan ayat ini:
* Kecuali Allah mendatangkan mereka dalam lindungan awan dan dengan malaikat. Kecuali Allah datangkan Allah.
Itulah pertanyaan yang bermaksud mengecam sikap orang-orang yang teragak-agak dan berlengah-lengah dari memasuki ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka. Apakah yang menyebabkan mereka enggan menyahut seruan itu? Apakah yang ditunggu-tunggu mereka? Apakah mereka akan terus bersikap begini sehingga mereka didatangi oleh Allah di dalam gumpalan awan bersama para malaikat-Nya?
Dengan lain perkataan adakah mereka tertunggu-tunggu dan mahu berlengah-lengah sehingga tiba hari yang amat ditakuti yang dijanjikan Allah. Iaitu dia akan datang di dalam gumpalan awan dan para malaikat juga datang berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun melainkan apabila diizinkan oleh Allah dan bercakap benar?
Tiba-tiba dalam masa kita sedang menghadapi pertanyaan dalam bentuk kecaman yang mengandungi ancaman yang menakutkan - kita dapati hari yang ngeri itu telah pun tiba dan segala sesuatu telah selesai dan seluruh mereka menghadapi peristiwa mendadak yang telah diperingatkan Allah kepada mereka.
Al-Sonhadji berkata: Ayat ini merupakan pertanyaan, tetapi mengandungi kejian atau istifhamun inkari.
Maksudnya: Tidaklah patut orang yang sudah tergelincir daripada kebenaran atau enggan memeluk Islam, hendak menunggu-nunggu pula atau melihat sahaja. Apa yang mereka tunggu tidak lain ialah azab jua yang akan datang.
Allah akan mendatangkannya melalui naungan awan dan dibawa oleh para malaikat dan akhirnya berlakulah apa yang akan berlaku, sebagai menyempurnakan kehendak dan hukuman Allah. Kepada-Nya dikembalikan segala urusan pembalasan.
* Qatadah berkata: Malaikat yang datang untuk mengambil dan mencabut nyawa mereka. Dikatakan juga pada hari Kiamat ia adalah lebih zahir. Sedangkan Abu al-‘Aliyah dan al-Rabi’ pula berpendapat: Para malaikat datang kepada mereka dalam lindungan awan dan Allah mendatangkan mereka mengikut kehendak-Nya. al-Qurtubi menyebut: Dikatakan bukanlah kalam menunjukkan zahirnya pada hak Allah s.w.t. tetapi maknanya urusan Allah dan hukumnya datang kepada mereka.
Gambaran
Dikatakan juga dengan apa yang Allah janjikan daripada perbicaraan dan azab yang dikenakan kepada mereka.
Firman Allah s.w.t.: Dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
Sayid Qutub berkata: Itulah cara al-Quran yang amat menarik yang membezakan dari segala kalam yang lain, iaitu cara menayangkan gambaran yang hidup tepat pada saat dan waktunya, di mana hati berdiri di hadapannya seolah-olah orang yang melihat, mendengar dan menghayatinya (di alam kenyataan).
Sampai bilakah mereka ponteng dari memasuki ke dalam kedamaian, sedangkan peristiwa agung yang ngeri itu sedang menunggu mereka? Malah peristiwa yang ngeri itu telah menimpa mereka ketika kedamaian masih dekat dengan mereka, iaitu kedamaian dunia dan akhirat pada hari langit kelihatan pecah dan bergumpal-gumpal dengan awan mendung dan para malaikat turun begitu ramai dan hebat. Iaitu pada hari roh dan malaikat berdiri berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun kecuali diizinkan Allah dan bercakap benar, iaitu hari Allah menyelesaikan urusan dan segala urusan telah diselesaikan.
Syeikh Sya’rawi berkata: Di sana terdapat dua perbezaan antara kamu kembali dengan kamu dikembali. Seolah-olah segala urusan dikembalikan dengan zatnya. Sekali diheret kepada Allah, orang yang baik akan kembali kepada Allah dengan berdirinya kerana dia akan pergi ke tempat yang baik yang sedang menunggunya.
Adapun yang tidak baik sudah tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah. Lantaran itu dikembalikan kepadanya, sama ada hendak atau tidak.
Akhirnya penulis menukilkan sifat orang yang baik yang sentiasa bertaubat walaupun melakukan dosa.
Terdapat satu riwayat daripada Anas katanya: Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turunnya ayat 135 surah Ali `Imran yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.
Ibn Mas’ud berkata: Ayat ini adalah lebih baik dari dunia serta isinya bagi orang yang melakukan dosa. Al-‘Allamah Ibn Rajab al-Hanbali menyebutkan di dalam kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam katanya: Abu Hurairah telah berkata: Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari 1,000 kali. Ini adalah sebagai tebusan bagiku. Dia telah menamakan perkara yang dipohonnya sebagai tebusan.
Aisyah berkata: Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapati istighfar yang banyak di dalam lembarannya (di akhirat).
Abu al-Minhal berkata: Tiada jiran yang paling disukai oleh seseorang hamba di dalam kuburnya melainkan jiran yang banyak beristighfar. Umumnya boleh dirumuskan bahawa ubat yang mujarab bagi dosa ialah istighfar. Diriwayatkan daripada Abu Zar, katanya: Setiap penyakit ada ubatnya dan ubat bagi dosa adalah istighfar.
Qatadah berkata: Al-Quran ini telah menunjukkan kepada kamu penyakit kamu dan ubat kamu. Penyakit kamu ialah dosa dan ubat kamu ialah istighfar.
Sebahagian ulama berkata, jalan penyelesaian bagi orang yang berdosa ialah tangisan dan istighfar. Sesiapa yang tertekan dengan dosa maka banyakkanlah istighfar.
Rayah al-Qaisi berkata: Aku mempunyai lebih daripada 40 dosa. Aku beristighfar kepada Allah untuk setiap dosaku sebanyak 100,000 kali.
Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang yang menghitung dirinya semenjak dia mula baligh. Dia mendapati dosanya sebanyak 36. Dia pun beristighfar kepada Allah untuk setiap dosanya sebanyak 100,000 kali dan dia bersolat (sunat) untuk setiap satu dosa sebanyak 1,000 rakaat. Kemudian dia berkata: Walaupun begitu, aku masih rasa tidak tenteram daripada cengkaman Tuhanku yang akan menghukum aku dengannya dan aku berada di dalam bahaya tentang penerimaan taubatku.
Pada suatu hari seseorang berkata kepada al-Hasan: Tidakkah seseorang itu merasa malu terhadap Tuhannya, dia memohon ampun dari dosa-dosanya, kemudian kembali melakukannya, kemudian dia memohon ampun, kemudian dia kembali melakukan dosa.
Al-Hasan berkata: Syaitan amat suka kalau mendapati orang seperti kamu ini. Janganlah kamu semua merasa bosan terhadap istighfar. Iktibar dan pengajaran ayat: *Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa. *Balasan dan seksaan Allah boleh berlaku di dunia dan di akhirat. *Kesudahan makhluk adalah kepada Allah jua yang akan dibuat keputusan mengikut kehendak-Nya.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:41 AM 0 comments
Thursday, June 28, 2007
SEMERBAK IMAN MASYITA
Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"
"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.
Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
MORAL & IKTIBAR
Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka. Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 2:49 AM 0 comments
Friday, June 15, 2007
Rahsia Di Sebalik Demam
Rahsia Di Sebalik Demam
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : "Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.
Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama? Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka. Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya : Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya. Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya.
Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran : Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani" .
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam.
Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda: "Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil? Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya". Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi". (Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya. Demam Penebus Dosa. Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati. Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:58 AM 0 comments
Friday, June 1, 2007
Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami
Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)
Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik. Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami.
Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa? Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur'an surat at-Tahrim : 6 dikatakan: "Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka" Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga.
Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya. Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri.
Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti? Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara.
Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah. Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral. Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin. Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya.
Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai. Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri. Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin. Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji. Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya. Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya. Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan. Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda. Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan. Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran. Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.
"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS. An-Nisaa' ayat 19)
Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.
Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya. Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya. Lalu, jika berbicara jangan smpai menyusahkan.
Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan. Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya. Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat.
Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi. Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah. Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah.
Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti.
Wallahu'alam
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:56 AM 0 comments